Tuesday, October 19, 2010

jiwa kacau

Sedang orang lain kusyuk di atas katil masing-masing sambil melayan mimpi yang indah aku pula sibuk menyiapkan projek-projek akhir sem ni. Rasa begitu tertekan apabila ingin menyiapkan projek di saat-saat akhir ni. Dulu apabila dapat projek bukan main laju lagi hantar proposal, tapi bila nak buat projeknya bukan main malas lagi.

Untuk hari ni aku dapat menyiapkan 10 lukisan untuk projek lukisan kejuruteraan, naik pening kepala ini tengok garisan yang pelbagai. Dulu masa bersekolah teknik semua jenis lukisan kita belajar, tapi kat sini lagi susah semua garisan nak kena ikut guide line yang diberikan. Letih betul, itu baru untuk projek lukisan belum masuk untuk folio material sains, static, technical english dan macam-macam lagi lah. Kalau tegok atas katil tu bersepah kertas-kertas yang aku jadikan rujukan. Jadual waktu yang padat membuatkan aku tak ada masa nak siapkan projek pada waktu siang, jadi kenalah aku bersengkang mata demi menyiapkan kesemua tugasan yang diberikan. Suasana pun sunyi, sambil bertemankan sebuah laptop yang tidak dimatikan dari siang tadi. Keadaan sepertimana yang aku harapkan, tapi bila mendengar bunyi dengkuran, mata aku seperti diajak tidur.

Bagi aku, jadual tidur yang selalu lambat tak pernah menjadikan aku lambat ataupun ponteng kelas. Melihat kepada keadaan kelas yang semakin lama makin tak ada orang. Apa yang aku peduli? Tu semua masalah budak-budak kelas aku sendiri, lantak lah diorang nak berjaya atau tidak.

Cerita aku malam ni berkisahkan, kenapa kita jadi tak menentu apabila memikirkan orang yang kita sayang? Hati ini rasa bagai dditikam-tikam sahaja, kaki pula tak berhenti berjalan, selalu berasa risau. Bila kita terkenang kisah lalu ketika sedang bergembira bersama, fikiran bertambah celaru. Kenapa? Bila bergaduh, mesti nak menang, tak pernah nak mengaku kesilapan sendiri, selepas tu mesti cari alasan, ungkit semua kisah lama, itu lah ini la. Tapi bila dah berjauhan pulak mesti ada jer alasa dan usaha yang dilakukan untuk hendak bersama. Tapi bila bersama benda lain lak terjadi, nafsu mula mengusai diri sampai lupa semua batas-batas agama. Kalau begitu bagaimana kita ingin meluahkan rasa sayang ini? Bagaimana kita nak si dia tahu bahawa kita masih sayang sama dia dan tidak pernah melupakannya? Bagaimana? Apabila terlalu gembira tuhan yang maha esa iaitu Allah akan menurunkan dugaan kecil yang mengingatkan kita kepada kekuasaannya. Bila dah berlaaku perkara yang tak diingini barulah kita sedar akan kesilapan diri. Memang kita disuruh untuk berkawan dengan orang yang baik-baik. Tapi siapa kita nak menentukan kebaikan seseorang? Ada orang yang pergi pub, secara kasar tempat tu memang tak baik, tapi bagi orang tu? Mungkin dia hanya nak melepaskan tekanan. Tambahan pula aada yang pergi pub sampai meneguk berbotol-botol arak kemudian mabuk. Kita dengan mudah menuduh dia sebagai seorang yang jahat, sedangkan dia dah berusaha untuk mengelakkan dari perkara itu berlaku. Walaupun kita tahu bahawa merekan ini dikira teruk, kenapa kita masih ingin berkawan dengan mereka? Adakah kerana nak jaga hati kawan kita itu ataupun kita nak menyertai mereka ke pub-pub.Ada persoalan yang masih belum terjawab dan masih menjadi persoalan untuk diri aku, kenapa kita yang mengaku diri kita ini seorang Islam sedangkan kita melaanggar perintahNya? Kenapa orang kafir tu boleh berjaya sedangkan tak pernah solat, lagi-lagu la mengucap, sedangkan ada umat Islam yang selalu berdoa namun masih belum dimakbulkan? Kenapa?

Kenapa begitu banyak persoalan yang bermain di minda aku saat ini?

Kenapa?

Ya tuhan ku aku bersyukur kerana engkau semasa kejadiaan semalam tidak berlaku kecederaan yang teruk. Amin.

menadah tapak tangan

Hari ni mungkin sama macam hari-hari lain. Kita sendiri tak pernah ingat apa yang kita lakukan pada minggu lepas pada hari Isnin. Cuaca pada hari ini boleh dikatakan indah kerana nak kata panas tidak juga, nak kata hujan tidak juga, cuma seindah cuaca.

Minggu lepas aku sibuk dengan pelbagai projek akhir sebelum cuti sem. Mungkin sama dengan korang semua kot. Boleh dikatakan aku asyik berulang-alik dari Bangi ke Puchong disebabkan aku harus menyiapkan borang MARA. Pada hari Sabtu pula aku pergi ke KM Banting untuk melawat si dia. Rasa seronok pabila dapat menghabiskan masa hampir sehari berjalan-jalan menaiki motosikal. Sudah sekian lama aku tidak dapat bersiar-siar bersam si dia kerana masing-masing sibuk dengan pengajian. Kalau nak dijadikan cerita, sebenarnya aku rasa cuak atau takut apabila menunggang motosikal. Ini juga mungkin akibat trauma semasa mengambil selekoh. Sudah berapa kali aaku terpaksa berhenti mengejut kerana hampir telanggar kenderaan dihadapan. Nak kata salah aku tak juga, kerana kereta dihadapan yang berhenti mengejut. Alhamdulillah, tidak apa-apa yang terjadi kepada aku walaupun aku meredah kepenatan untuk ke Banting.

Kejadian pada hari ini membuktikan firasat aku adalah benar. Kalau kita kemalangan jalan raya, siapa yang harus dipersalahkan? Pilihan jawapan yang pertama adalah diri sendiri, dan yang keduanya adalah orang lain (pemandu lain). Bagi aku kedua-duanya adalah punca kemalangan. Kalau bukan kita menyebabkan diri sendiri kemalangan, maksudnya orang yang akan membuatkan kita kemalangan. Itulah yang terjadi tadi. Petang, dlam pukul 530 petang aku ke pekan Bangi untuk membeli keperluan makanan dan juga makan malam. Semasa mencari-cari restoran yang menarik aku berjalan mengelilingi blok bangunan yang berada di situ. Dengan tidak semena-menanya aku telang dilanggar oleh sebuah kereta Myvi bernombor pendaftaran _______, bewarna putih. Alhamdulillah sekali lagi kerana aku hanya mengalami luka kecil. Tapi yang menyakitkan hati pemandu tersebut terus blah selepas dia memastikan motor aku dapat dihidupkan. Itu lah orang melayu, tak guna, rasa macam nak bagi jer buku lima ni. Nasib baik dia pakai gigi besi. Aku betul-betul bersyukur kerana sahabat dorm aku tidak mengalami apa-apa kecederaan juga.

Saturday, October 9, 2010

cerpen seorang insan

Cerita bermula apabila seorang budak lelaki bangkit dari tidurnya. Hatinya berasa sayu melihat kehidupan dunia yang serba mewah. Mungkin terdetik di dalam hatinya mengapa ini semua terjadi? sesuatu tidak akan mungkin terjadi kalau tidak ada sebabnya. Sejak kecil semuanya dirasakan begitu mudah. Dugaan yang dihadapinya dapat dilalui dengan begitu mudah. Tapi bah yang melanda kali ini cukup berbeza. Mula-mula kita letak nama si budak lelaki ni F. F adalah seorang yang budak yang suka akan ketenangan kerana dia dilahirkan sebagai anak sulung. Bagi dirinya hanyalah mempunyai sebuah keluarga. Tidak mengenali sesiapa didunia baharu ini. Kehidupan F boleh dikelaskan kepada sederhana kerana walaupun bukan semua benda yang di ingini tercapai. Tapi kehidupan F ditimpa satu masalah yang dia sendiri tak dapat selesaikan. Rasa malas memakan dirinya. Setelah berjaya melanjutkan pelajaran semuanya nampak mudah, sebaliknya bagi seminggu yang lepas. Dia gagal menepati masa, kawan-kawannya juga tidak mendekatinya dan dia kelihatan begitu tertekan. Apa yang terjadi kepadanya? Mari kita ulas satu per satu. Dalam kehipan peribadinya, bermula daripada keluarga sehingga kepada benda.

Keluarga, dia masih mempunyai kedua-dua ibu dan bapa dan mempunyai 3 orang adik-beradik tidak termasuk dirinya. Oleh kerana menjadi anak sulung dan cucu lelaki yang pertama, bebanan yang ditanggungnya mungkin tidak seberat mata memandang. Sejak kecil dia sering dimanjakan oleh atuk dan neneknya kerana mereka merupakan penjaganya sejak lahir. Kini usianya telah mencecah 18 tahun dan masih dijaga oleh nenek dan atuknya. Tetapi apa yang mebuatkannya berasa begitu tertekan sejak kebelakangan ini. Mungkin kerana dua orang adik nya sedang menjalani peperiksaan penting di Malaysia. Apa kaitan dengan dirinya?

Si adik lelaki merupakan seorang yang begitu degil. Bahkan selalu melawan cakap kedua ibu bapanya serta atuk dan neneknya. Dia lebih mementingkan kawan-kawannya. Walaupun dia hendak menjalani PMR tetapi kemalasannya membuatkan si ibu berasa putus asa. Si ibu harap si anak fikir akan masa depannya. Lain pula yang terjadi kepada F, beliau gagal menjalankan tanggungjawab sebagai seorang abang. Dia tak pernah walau sekali pun memarahi adiknya yang degil. Hanya dengan berdiam diri melihat perlakuan adiknya itu. Terdetik dihatinya, adakah aku ini seorang abang yang baik? Kenapa adik ku tidak pernah menghormati diriku?. Mungkin ini lah masalah yang sedang dilanda oleh F atau ini hanya masalh kecil dalam dirinya.

Si adik perempuan pula telah selesai menjalani UPSR, tidak ada apa yang perlu dirisaukankan melihat daripada keputusan ujian percubaannya. Tetapi apa yang membimbangkan F adalah adik bongsunya. Dulu semasa kelahiran adik bongsunya, F tidak begitu menyukainya, tak mengetahui puncanya, hakikatnya begitulah. Perasaan itu berubah sejak adik bongsunya meningkat kanak-kanak. Adik bongsunya itu begitu rapat dengannya, kalau F nak semua benda seperti pakaiaan sama dengan adiknya. F tidak pernah rasa rugi berbelanja untuk adik bongsunya. Jika hendak dibandingkan dengan barangan yang dibelikan F, memang tidak ada tandingan dengan apa yang dibeli oleh adik keduanya kerana semuanya hendak berjenama daripada wangian sehingga ke pakaian. Si ibu selalu menasihati F supaya belaja sungguh-sungguh, nanti apabila sudah tamat pengajian mudah mendapat pekerjaan. Masa depan tidak seorang pun tahu, si ibu mengharapkan F supaya dapat menjaga adik bongsunya apabila orang tuanya tiada suatu hari nanti kerana apabila adik bongsunya hendak bersekolah kesemua abang dan kakaknya sudah bekerja ataupun menyambung pengajian.

Bersyukur kepada Ilahi, F masih mempunyai kedua-dua orang tuanya, si ayah masih bekerja mencari nafkah menampung kehidupan keluarga. Bebanan si ayah ditanggung bersama si ibu yang juga berkerja menambah pendapatan keluarga. Hidup keluarga sederhana membuatkan F bersyukur dan tidak mahu melihat kedua-dua orang tuanya berasa sedih dan bimbang. Si ayah suka beriadah. Oleh itu, F selalu menyertai riadah bersama ayahnya. Pada suatu pagi F melihat cermin dan hatinya mula berasa sedih mengenangkan masalah yang pernah dilakukan dahulu. Lalu F menghantar sistem pesanan ringkas kepada ibunya ," ma.. maafkan F kalau selama ini F banyak buat salah, F tak tahu kenapa sekarang ini jiwa F barasa kosong, F tak tahu nak buat apa ma.." selang beberapa ketika si ibu membalas , " F mama dah maafkan semua dosa anak-anak mama, setiap kali solat mama berdoa agar anak-anak mama berjaya dan berdoa supaya Allah sentiasa menjaga anak-anak mama, mama nak F jadi yang terbaik, F kan abang, mungkin apa yang F rasakan itu adalah dugaan Allah untuk menguji semua umatnya, F banyakkan berdoa.. semoga Allah akan menerima doa F". Lalu gugur air mata F. Si ibu masih mengharapkan supaya F menjadi seorang yang terbaik. Sebaliknya dengan apa yang F fikirkan.

Teringat kepada pesanan ibunya, F tak dapat melakukan sebarang kerja pada hari itu. Dia rasa ada benda yang di harapkan tak dapat dicapainya. Rakan-rakannya perasan pada perubahan yang melanda diri F. F menangis sedangkan tak ada benda yang membuatkannya sedih, gelak dan senyumnya tak melambangkan dia sedang gembira. Malam itu F membawa diri keluar dari asramanya ke Putrajaya. F berjalan-jalan tanpa tujuan. Membawa sehingga ke dataran Putrajaya walaupun suasa pada masa itu begitu dingin kerana baru sebentar tadi hujan membasahi bumi. F berhenti di hadapan Istana Kehakiman lalu mematikan motornya serta memakai snowcap dan mendengar mp3. Dia duduk ditangga betul-betul bertentangan dengan Masjid Besi yang baru dibuat. F melihat keindahan dunia dan kehebatan ciptaan Penciptanya. Kemudian F terdengar lagu yang dinyanyikan oleh Maher Zain- Insha Allah. F mendengar lirik-lirik dan sebutan lagu tersebut dengan penuh teliti dan diulang-ulang memainkan lagi itu. Lirik itu bermain di benak hatinya:

Everytime you feel like you cannot go on
You feel so lost
That your so alone
All you is see is night
And darkness all around
You feel so helpless
You can`t see which way to go
Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side

Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Everytime you can make one more mistake
You feel you can`t repent
And that its way too late
Your`re so confused,wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full of shame


Don`t despair and never loose hope
Cause Allah is always by your side
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way
Insya Allah3x
Insya Allah you`ll find your way

Turn to Allah
He`s never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
OOO Ya Allah
Guide my steps don`t let me go astray
You`re the only one that showed me the way,
Showed me the way 2x
Insya Allah3x
Insya Allah we`ll find the way

Mengangis F mengenang segala salah-silapnya bukan sahaja kepada ibu bapanya tetapi apa yang lebih penting adalah kepada tuhan Pencipta sekalian alam. Memang hakikat manusia sering lalai apabila asyik bergembira menikmati kemewahan dunia yang sementara. Air mata F tidak berhenti mengalir walaupun ramai beradi dikawasan itu. Hilang sifat malunya mengenang kehebatan Allah. Satu persatu dosa yang dilakukan diingat kembali. Merenung kembali masa silamnya membuatkan F mengaku dirinya lemah untuk menghadapi dugaan kecil ini. Masalah yang dihadapinya mungkin berpunca dari perkara ini. Tetapi hatinya masih sayu. Bagai ada satu beban yang tak dapat dilepaskan. F menghantar pesanan ringkas kepada dua orang yang mungkin dapat membantunya. Satu kepada cikgunya dan satu lagi kepada seorang sahabatnya.
Kedua-dua memberi pendapat masing-masing. Sehinggalah F tidak dapat menahan tangisannya, dilapnya air mata dipipi tapi masih tidak berhenti. Kemudian dia mengambil keputusan pulang ke asrama kerana suasana dingin menusuk tulang. Dalam perjalan pulang air matanya masih mengalir sehinggalah dia ternampak sebuah surau dan hatinya menarik untuk jasadnya untuk singgah sebentar. F mengambil wuduk lalu melangkah masuk kedalam dewan surau, dibukanya setiap lampu bagi menerangi surau tersebut, lalu mengangkat takbir tanda beserah diri kepada tuhan yang maha esa dan sesudah selesai F menadah kedua tangannya berdoa memohon keampunan. Jiwa dan perasaannya berasa tenang seketika. Masuk kedalam dorm yang sunyi kerana semua penghuninya sedang tidur. F melemparkan badannya baring di atas tilam dan menghantar satu pesanan ringkas kepada sahabat lamanya. Seminit berlalu telefon bimbitnya berdering, F menjawabnya kerana sahabatnya menelefonnya. Ditanya kabar F menjawab dgn suara yang tau, sedarlah sahabat berkenaan bahawa F sedang berduka. Lalu si sahabat cuba menggembirakan F. Perbualan mereka berlarutan sehinggalah kredit masing-masing habis kerana F menceritakan masalahnya. F masih dibelenggu perasaan yang tidak hilang dalam dirinya. Apa yang membuatkan F terus-menerus berasa sayu walaupun sudah seminggu perkara ini berlaku dalam dirinya.

Seterusnya F terfikir adakah masalah ini berpunca daripada kekasihnya. Kekasihnya merupakan seorang yang begitu disayanginya. Tetapi F tidak dapat menceritakan sebarang masalah kepada kekasihnya itu. Kekasihnya mula mendesak supaya F menceritakan masalahnya dan tidak berhenti menyalahkan dirinya. Daripada cerita lama sehingga sekarang diungkitnya. Dikatakan bahawa F sudah tidak menyayangi dirinya. Sedangkan F sudah berkali-kali berkata bahawa dia sendiri tidak tahu dari mana masalah itu berlaku. F begitu sayang akan kekasihnya. Mungkin sifat perempuan, tidak pernah berasa puas dengan kasih sayang yang dicurahkan atas dirinya. F sering melawat si kekasih di tempat pengajiannya ada kalanya dia tidak dapat pergi kerana cuaca hujan. Pernah cuba untuk menbuat kejutan dengan melawatnya, tapi perkara lain pula berlaku. F cuai dalam memandu dan mungkin kemalangan pada ketika itu. Tapi apa yang si kekasih tahu kerana F tidak mahu kakasihnya berasa sedih. Tapi kekasihnya berpendapat bahawa F sudah tidak menyayangi dirinya lagi. Segala penat lelah yang F tunjukkan hanya mendapat pandangan negatif. Si kekasih juga begitu cemburu dengan sahabat-sahabat F, katanya F tak pernah nak jadikan dirinya sebagai kawannya. Hakikatnya kalau si kekasih menjadi sahabatnya maka tidak ada erti kekasih antara hubungan mereka. Lalu si kekasih masih menyalahkan dirinya berulang kali. F hanya bersabar, jika marah pun masih boleh dikawal kerana marah-marah sayang. Marah sebenar dalam diri F mungkin bererti orang yang dimarahinya tidak sama sekali pernah wujud dalam hidupnya. Apa yang si kekasih tahu hanyalah sentiasa berada disisinya, walaupun dia sendiri tidak pernah usaha untuk menjadi diri F. Dalam bercinta semua indah, duit ibarat benda kecil demi membahagiakan pasangan. F hanya merendah diri, diharapkan si kekasih mengerti bahawa dia sahaja yang F sayangi. Itu sahaja, kerana F tidak pernah mengharapkan semua usahanya dihargai atau dibalas. Sekarang kedua-duanya sedang sibuk mengulangkaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan akhir untuk semesta ini. Jarang sekali dapat bersama atau melayan kerenah masing-masing. Tidak dapat disangkal bahawa si kekasih mengharapkan lebih lagi dari F. Tapi apakan daya kerana itu sahaja yang mampu dilakukan. Mungkin kedua-duanya masih tidak begitu mengenali sepenuhnya hati budi pasangannya. F selalu terfikir dalam hatinya, adakah dia tak cukup bagi kekasihnya, dan apa sebenarnya yang dimahukan oleh kekasihnya. Lepas ini mungkin F tidak sempat berjumpa dengan kekasihnya itu. Dia memohon ampun kepada kekasihnya atas sebarang dosa atau silap yang pernah dilakukan. F juga berharap supaya jika ia tiada lagi si kekasih akan berjumpa seorang yang akan menyayangi dan tahu apa kehendak hatinya. Kerana jodoh biasanya mempunyai sifat lawan bagi sifat yang ada dalam diri kita. Kembali kepada masalah F yang berasa sayu, jika bukan sebab pergaduhan antara dia dan kekasihnya. Apakah punca dia berasa begitu?

Kemudian F terfikir sama ada rakan-rakannya menjadi punca dia tertekan. Memang sukar untuk F menilai setiap seorang rakannya. Secara konklusinya rakannya bukanlah seperti yang diharapkan. Ada juga sahabat yang rapat dengan F tetapi tidak seorang pun yang boleh menjadi tempat F menceritakan masalah. Rakan-rakan yang pada mulanya kelihatan baik rupanya berhati syaitan. F sedar bahawa dia juga pernah begitu. Tapi jiwanya berasa sakit apabila mengenangkan peristiwa yang berlaku. Nama pun remaja, semua benda dia mahu cuba dan semua tempat dia mahu pergi. F tidak tahan dengan perlakuan setiap rakan-rakannya. Ia tidak ada kaitan dengan jawatan atau tanggungjawab yang dijalankan kerana ia hanya dilaksanakan hanya semasa di dalam kelas. Sebahagian remaja kebiasaannya banyak menghabiskan masa dengan melepak bersama rakan-rakan sebaliknya bagi F, dia lebih suka bersendirian. Bukan niat hati F untuk tidak bersosial, F beranggapan bahawa bersosial harus diletakkan pada tempat dan masa yang betul kerana bersosial biasanya menyebabkan seseorang itu lalai dan gembira melakukan kejahilan. F turut berasa dirinya bagai dipergunakan, kerana rakan-rakannya hanya memandang kepada kemewahan yang dimilikinya. Bila terdesak rakan-rakannya sanggup melaakukan apa sahaja, tetapi kalau tengah senang dilupakan F. F teringat kepada soalan ditanyakan oleh cikgunya,'' kawan-kawan awak dekat tempat baru tu macam mana?''. Tidak ada apa-apa yang pelik dengan soalan itu. Mungkin kita sendiri dapat menjawabnya dengan mudah sekali. Tapi kawan-kawan yang dimaksudkan oleh cikgunya bertentangan dengan tanggapan F. Rakan yang dimaksudkan oleh cikgunya adalah sahabat setia yang sentiasa ada ketika diperlukan dan saling menasihati, sahabat yang dapat mendengar permasalahan yang dihadapi serta menyokong apabila sesuatu itu adalah benar dan mencegah apabila sesuatu itu adalah salah. Menusuk kotak fikiran F dengan soalan cikgunya tadi. Fikirannya mula bercelaru memikirkan sama ada soalan cikgunya tadi ada jawapan yang munasabah. Tidak ada faedahnya kalau F ingin menipu cikgunya. Kawan-kawan yang dia ada buat masa ini hanyalah kenalan dan bukannya sahabat kerana tidak ada seorangpun yang mengenali dirinya atau sifatnya. Semua kenalannya lebih suka melepak di kelab-kelab malam sambil meneguk air kencing syaitan dan melayan kerenah babi. Apabila sudah puas menukar-nukar pasangan mereka pulang dengan keadaan yang mabuk. Itulah kehidupan sebenar seorang remaja moden. Tapi bukan semuanya begitu kerana kenalan biliknya merupakan orang-orang baik. Selalu ke surau berjemaah dan menghadiri ceramah-ceramah agama di masjid-masjid sekitar Selangor bahkan mengajarnya setiap subjek atau matapelajaran yang lemah untuk dikuasainya. Walaupun mereka baik tapi F gagal untuk bercerita masalahnya atau berkongsi kisah silam serta rahsianya.

Jika kesemua diatas bukan jawapan kepada masalah yang F hadapi, adakah faktor persekitaran yang menyebabkan dirinya bagai tak tentu hala. Apa yang boleh dikaitkan antara suasana persekitaran dengan ketidaktenteraman jiwa seseorang. Tak ada lansung kerana kawan tempat F diamai adalah aman tanpa sebarang kacau-bilau. Diasrama juga begitu.

Justeru itu F menilai dirinya dan membuat rumusan dengan segala peristiwa yang berlaku lalu kerana mungkin puncanya ada disana. Fokus utamanya menjurus kepada tindakan dirinya sendiri, sejak kebelakangan ini di jarang turun ke surau walaupun sentiasa mempunyai masa terluang. Lebih suka menghabiskan masa dengan menghadap komputer. Amal ibadah kepada-Nya dilakukan hanya pada yang wajib sahaja. Tidak dijaga langsung perlaakuan mahupun percakapan serta pandangan. Oleh sebab itu diberinya dugaan kecil bagi menyedarkan diri F. F berasa insaf dengan segala kejahilan dirinya. Tuhan yang maha esa sesungguhnya maha mengetahui dan maha berkuasa terhadap semua benda di alam ini daripada roh sehinggalah zat yang ada. Diharapkan segala dosanya diampunkan Tuhan. F juga berharap segala yang menimpa dapat dijadikan panduan dan pengajaran yang berguna untuknya. Seterusnya kepada keluarganya, adik-adiknya yang tengah sibuk menghadapi peperiksaan penting tetapi selalu membuatkan kedua-dua orang tuanya susah hati. Setelah F menangis mengenang pengorbanan kedua-dua orang tuanya dia sedar bahawa dia tidak seharusnya lemah menghadapi dugaan kecil ini. F seharusnya terus bersemangat mengahut cabaran ibunya. Ini kerana semua benda didunia ini akan pergi suatu hari nanti, cuma bila dan dimana sahaja kita tidak ketahui. Selain itu, F sedar diri ini mungkin tidak setia dengan kekasihnya kerana sehingga kini kekasihnya masih mendesak, sifat yang tidak disukai oleh F. Mungkin F seorang yang ego tetapi dia hanya sayang kepada kekasihnya tanpa melihat kepada rupa kerana setiap hubungan terjalin adalah bukan melihat pada usia atau pun rupa sebaaliknya bagaimana seseorang itu dapat menyesuaikan diri dengan pasangannya. Mustahil perhubungan pada zaman moden ini tidak ada pergaduhan. Sedangkan yang perkahwin pun boleh bercerai. F asyik meminta tolong supaya kekasihnya memahami bahawa F hanya menyayangi nya atau si kekasih mahu membuktikan sesuatu seperti yang dilakukan F. Sanggup berpanas dan berbasah dan hampir kemalangan semata-mata mahu berjumpa dengan si kekasih. Tetapi si kekasih hanya tahu bahawa jikalau F tidak mahu berjumpanya, F sudah tidak sayang akan dirinya. Perlukah setiap perhubungan diwajibkan untuk selalu menghubungi pasangan masing-masing? Dan adakah setiap masalah harus diceritakan kepada pasangan? Sedangkan kekasih F sendiri tidak menceritakan masalahnya. Si kekasih mungkin tidak mahu mengalah. F selalu mengiakan sahaja dengan apa yang diperkatakan oleh si kekasih. Selanjutnya merujuk kepada kawan-kawan F. Tidak ada sebarang tindakan yang dapat diambil melainkan F menjauhi perkara buruk yang dilakukan kawan-kawannya. F lebih berhati-hati berkawan bagi memastikan dirinya tidak dipergunakan. Sekarang baru F tahu bahawa semua perkara diatas menyebabkan dia menjadi tertekan. F lebih bersedia untuk menghadapi segala dugaan selepas ini walaupun dia sedar bahawa dirinya lemah. F berusaha untuk menjadi seorang yang lebih tabah dalam usahanya mengembalikan sifat gembiranya yang lama atau lebih gembira menghadapi hari-hari yang mendatang.

* Sudah terbuktilah bahawa suasana persekitaran kita menyebabkan kita hilang kawalan dan Tuhan maha esa boleh melakukan apa sahaja kepada ciptaannya bagi menyedarkan kita bahawa kita hanyalah benda kecil di alam ini.