Monday, March 29, 2010

so confuse


Sekarang dah nak masuk tengah hari tapi aku still menghadap com. Sambil melawat ke beberapa laman sesawang untuk menghiburkan hati. Tak tau nak wat pe n nak cerita apa.

Just semalam rasa sakit hati melihat jadual tugasan untuk minggu ni. Sepanjang aku bekerja aku tak pernah membantah, tapi kali ni dah melampau. Aku pun ada benda lain nak buat. Tak kan la nak mohon cuti pon x dapat. Hari ni pon dah start balik musim jadi kelawar. Baru empat hari melihat keindahan siang, hari ni jadi kelaawar balik. Cam bodoh je jaadual 2, bayangkan setiap kali aku cuti mesti hari sebelum tu aku kena keja malam. Serupa tak yah bagi cuti.

Jadual aku untuk minggu ni agak padat. Esok mau keluar g mid tgk movie alice 3D, maaklumlah si dia yang nak belanja. Saya ikut je la. hehe. Tapi masalah nya haari sabtu ni coz jadual aku bertindih. 1st budak2 batch 5 ajak g tekshah open and ayah lak ajak g tanjung malim. Aku memang nak pergi tanjung malim 2 coz dah lama aku tak naik bike n dah teringin nak main paintball. tapi hari 2 gak aku sepatutnya bekerja.
masalah! masalah!

So, cam mana nak wat. Sape yang boleh tolong? Aku berasa buntu untuk membuat keputusan. Kalau tak datang nanti kata lupa kawan lak. Tapi aku nk g ke tanjung malim gak. Bila lagi berpeluang nak main paintball

Sunday, March 21, 2010

sinopsis: she , me n rainy day


Kenapa aku rasa si dia macam x pernah percayakan aku. Rasanya aku tak ada buat sebarang kesalahan. Sebelum ni gak perkara yang hampir sama berlaku dalam hidup aku. Mungkin sebab aku ni terlampau bodoh kot. Apa yang berlaku semalam menerangkan segalanya nya.

...

PERMULAAN

Perancangan awal aku dan si dia ialah nak g taman ict, seksyen7, shah alam. Tujuannya adalah untuk melihat karnival la. Walaupan aku tak tau tempat 2 kat mana pon pada hakikatnya. Perancangan awal yang begitu membuat aku teruja. Tapi pada ketika ini aku rasa semuanya x munkin terjadi. Kenapa aku cakap cam 2? Sebabnya si dia masih ada di kampungnya di Perak. Rasa macam mustahil jer.

...

PERKEMBANGAN

Waktu yang hampir tiba aku penuhi dengan pelbagai aktiviti di store.Itu pun sebab ada gotong-royong kecil-kecilan untuk mengemas store. Semasa kat store 2 ada gak la rasa x puas hati atas sebab ada la rakan sejawat yang x datang tolong melakukan aktiviti yang telah direncanakan. Dtang pon bila kerja dah nak siap. Orang penat gak beb? Dari kol 10 wat keja. Letih giler doh. Tapi sabar je la.

...

KONFLIK

Setelah penat mengemas store, perut pun mula bekeroncong. Apa lagi, aku pun mengambil kesempatan yang ada untuk mengisi perut. Lepas 2 leh lak aku rasa nak balas segala penat lelah mengemas store ngan masuk shift lambat skit. Sedang aku asyik menikmati keenakan masakan orang kampung, guruh memancarkan cahayanya. Orang tua kata guruh tanda hari nak hujan. So aku pun menghabis sisa makanan secepat mungkin coz stil ada kerja yang menanti aku kat store.


Seterusnya aku pon kembali bertugas sebagai 'cashier' untuk bertumu pelanggan yang saban hari asyik mengunjungi store yang beroperasi 24 jam ini. Sedang aku asyik melayan pelbagai kerenah pelanggan yang berbilang kewarganegaraan. Ada yang warganegara, ada gak yang dari iran, indon, korea, afrika, bangladesh dll. Maklumlah Malaysia kini bukan lagi kita gelar berbilang bangsa, tapi kita harus gelar berbilang kewarganegaraan. Situasi di luar mula berubah apabila waktu mula memasuki pukul 10 malam. Keriuhan bunyi kenderan mula berkurang selaras dengan waktu tutup nya kedai serbaneka yang lain.


Dipercepatkan cerita, keadaan dah mula hujan. Aku pun mula berasa tak senang duduk, maklumlah, sebab ada perancangan yang belum selesai. Pada masa yang sama si dia telah pun habis waktu bekerja. Oleh kerana cuaca yang tengah hujan lebat di luar aku terpaksa tangguhkan perancangan untuk ke taman ict. But it ok lagi la. Tapi si dia memang x leh nak faham apa itu erti sabar. Aku mula berasa tertekan dengan paksaan si dia untuk mengambilnya secepat mungkin. Dia ingat aku ni bawak kereta ke.

...

KLIMAKS

Aku yang mula rasa bersalh membuatkan si dia tertunggu-tunggu mengambil keputusan untuk gerak jer. Dengan meminjam sepasang sweter milik seorang kawan aku mula meredah hujan yang mencurah-curah turun. Oleh sebab jarak perjalanan yang agak jauh, pakaian aku dibasahi air hujan.


Setibanya aku di ioi puchong, aku mendapat panggilan daripada si dia. Hancur hatiku apabila dia kata dia telah menghubungi ibunya untuk mengambilnya dan ingin berjumpa aku sebagai tambahan suaranya di dalam panggilan. Hati yang telah hancur kerana cam tak ada faedah je aku di basahi hujan dan kesejukan. Tapi aku masih menuruti katanya. Aku pun menuju ke blok baru ioi dari pondok pengawal yang terletak di tempat meletakkan motor. Setelah menekan butang lif aku tiba di tingkat 3 tapi tidak kelihatan sesiapa pon di situ. Pada fikiran aku si dia masih di dalam panggung, oleh itu aku mengambil keputusan untuk berehat di kerusi yang telah disediakan bagi mengurangkan kebasahan yang aku alami semasa menunggang motor tadi. Sambil kasut aku yang dipenuhi air ujan seperti bot, aku dapat melihat air keluar dari kasutku apabila aku memerahnya menggunakan kaki ditambah pula dengan kesejukan aircond. Orang yang lalu lalang disitu hanya menjeling kehairanan. tetapi aku masih menunggu si dia yang tidak juga kelihatan. Aku cuba untuk menghubunginya tapi tak dapat. Bateri phone dia abiz la. Sejurus jam menunjukkan pukul 1230 aku mengambil keputusan untuk pulang ke store. Basah yang belum kering ditambah lagi dengan hujan dan kesejukan menunggang motor pulang ke store.

...

PENUTUP

Tidak terungkap rasa kecewa dalam hati aku. coz dah melebihi rasa kecewa. Apabila tiba di store aku cuba melemparkan senyuman kepada rakan sekerja bagi menutup rasa pilu di dalam hati, sambil memulangkan halmet milik rakan ku. Dengan perasaan hati yang gundah gulana aku menunggang motor pulang ke rumah. Tidak dapat aku gambarkan perasaan aku pada masa itu. KENAPA SI DIA TIDAK MEMAHAMI AKU? KENAPA SI DIA TIDAK MEMPERCAYAI AKU? KENAPA AKU DIPERLAKUKAN SEBEGINI? Malang sungguh rasa nya hari aku. Kepada si dia sorry buat masa ini aku tak dapat nak melayan sebarang kerenah atau maaf darimu. Sekarang aku nak rehat sebab badan pon rasa x berapa sihat selsema daan demam sudah mula aku rasai. Sekian.

Tuesday, March 16, 2010

tolong bagi cadangan

rasanya macam dah lama x menaip kat blog ni. cam dah tak ada citer je nak taip, nak cita pasal tempat keja dah bosan lak, nak cite pasal apa, cuba bg topik, nant taip leh la improve penulisan aku.

Friday, March 12, 2010

"Apa, budak kuat tido dapat ....!"


after result spm keluar maka semua persoalan telah terjawab, mesti ada yang berpuas hati dengan apa yang dorang dapat atau kecewa dengan apa yang dorang dapat... bagi aku keputusan yang aku dapat cukup mengejutkan walaupon sekadar 4a, ia cukup bermakna, pada mula nya mmg aku ingat parent x dapat terima sama seperti time pmr dulu, tapi kali ini lain. family dapat terima result aku tu, sekarang ini kemana arah tuju korang? u o kolej? mesti la aku nak utamaakan u dulu, moga2 dapat la u yang aku harapkan..
...
pada masa yang sama mesti ada diantara kita yang dimarahi kerana mendapat result yang teruk, aku sendiri pernah merasai pengalaman macam 2 time pmr dulu, mama x cakap dengan aku 2 month after result keluar, dia macam dah x percaya kat aku lagi, marah yang tidak terhingga terhadap aku, may be sebab itu gak la aku terima tawaran ke sekolah teknik, alhamdullillah sekarang semuanya kembali normal, n sekarang aku sedar apa sebenarnya yang parent aku ingin kan, memang la dorang nak kita berjaya, may b duit tu perkara kecil bg sebahagian dari kita, tapi bg keluarga yang berpendapatan sederhana macam mana? susah beb. dorang mesti nak kita sebagai ank mendapat keputusan yang setimpal dengan pe yang telah mereka korbankan.. lg pon dulu aku sekolah harian, tambang bas, duit belanja, n kelas tuisyen, semua 2 guna duit, tapi after aku masuk sekolah teknik semua 2 dapat dijimatkan, aku x pernah kisah kalo duit belanja just rm50 sebulan, coz makanan kat dm ada, duit tuisyen sekolah tanggung, so parent ku tak payah nak pikir pasal aku lagi, mungkin pemergian aku ke sekolah berasrama tidak dimanfaatkan betol2, coz time form 4 comfirm aku banyak main je, time form 5 pon sama, x payah la cita kes ponteng kelas tido dalam kelas, sampai cikgu aku sendiri terkejut budak yang dorang gelar raja snooker leh dapat a sejarah, power btol history aku, bukan apa la, tapi terima kasih kat cikgu gak la, dia x pernah give up walaupon ajar kelas yang paling terok dalam sekolah, saat2 akhir sebelom spm mmg masa yang paling aku ingat, berlambak kertas soalan n jawapan yang cikgu bagi, sampai abis kertas a4 kat sekolah 2 kitorang kerjakan, sampai aku n seorang pengawas syaitan hehe, jadi along kelas mintak duit semata2 nak photostat kertas kat luar, aku dah ras cukup bertuah coz dapat 4a
...

Thursday, March 4, 2010

konklusi

secara konklusinya minggu ni merupakan minggu yang paling teruk penat n kurang mengembirakan bagi aku, tapi x semua benda buat aku sakit ati coz ada gak antara nya salah aku sendiri. mmg lumrah seorang manusia bukan semua nya sempurnamelainkan Dia yang 1, tapi ada gak yang telah kembali normal, aku dah tak rasa terlampau sakit ati dengan gurauan hari 2, walaupun aku ada cuba bgtau dia ttg perasaan aku terhadapnya, tapi lebih baik we just be friend, lain2, liyanaG marah terhadap aku kata nya ku ni terlampau busy sampai nak miskol dia pun x ada masa, bg nya setiap masa aku mesti layan dia, dia ni jenis kebudak-budakan sikit kat depan aku, mesti jadi manja gila, cam gedik la pulak, pernah sekali aku naik menyampah coz perangai dia cam budak2 sangat, kalah budak2 kecik, then kitorang gaduh hampir seminggu, then baik balik, cam 2 je la, gado baik,gado baik, x tau sampai bila, dia ni gak selalu x bg persefahaman bila nak buat keputusan, contohnya kalo aku tanya nak makan apa, mesti dia jawab ntah, semua nye ntah je, respon paling aku benci, aku je yang kena buat keputusan, dalam semua perkara kot, maklumlah diakan macam budak2, x tau nak buat pe, perg sakit ati bila dia cakap ntah n tak tau, mmg dah jadi ayat la..
...
merujuk kepada gurauan yang aku terima, mungkin aku dah boleh terima kenyataan bahawa dia bukan lagi milik aku, dia just seorang kawan atau kenalan, pengenalan yang bermula pada tahun 2007 ketika di dalam bas semasa pergi perlawanan sofbol, tidak mungkin aku lupakan, pengenalan itu terbehenti sementara sehingga tibanya hari guru, n masa 2 gak seorang budak yang jg follow aku beria-ia nak menyatukan kitorang, maybe tarikh 1607 x akan aku lupakan, ini kerana tarikh itu sentiasa aku abadikan, tarikh itu menjadi password fon aku, n lain2 lagi, mulai itu aku kenal seorang yang tidak pernah give up, kuat usaha, rajin, maybe tak terlalu manja, ganas gak la, n bagi aku banyak persaingan, untuk menjadi lebih baik, n aku sangat menyesal kerana salah 1 pemberiannya iaitu towel tady bear telah aku hilangkan, perkara itu berlaku tanpa disengajakan, sorry, aku sayang sangat towel 2, mungkin menjadi azimat, cam rasa dia selalu berada disisi ku
...

be ready

secara rasminya keputusan Spm bagi mereka yang mengambilnya pada tahun lepas akan di keluarkan pada 11 march ini bersamaan hari khamis
....
kenyataan itu membuatkan aku berasa sungguh berdebar kerana ia penentu hala tuju aku selepas ini, pas abis exam aku terus lupakan pasal belaja, sekarang ni aku rasa takut untuk pergi mengambil result kat sekolah, rasa malu 2 ada gak, ramai yang anta msg supaya banyak berdoa n wajib foward msg 2 kat org lain klo x nak menyesal, tapi aku cam malas, bukan apa, just sibuk dengan keja, oleh itu aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan gud luck yang mengambil exam, aku akan mendoakan kejayaan korang
...
tah sape la yang baca blog aku, coz ku bkan ada ramai friend pon, sorang je, 2 pon tak tau la nak ke x dia open blog aku ni, hehehe, k gud nite

Tuesday, March 2, 2010

what happen 2 me 2 days ago

Kali ni aku x tak tau cam mana nak cite, biasanya ada la idea, tapi pas sumting yang berlaku semalam ku jadi blur, cam x sedap hati jer, leh x sape2 bg tau per dah jadi?.
..
bg aku dia mungkin bukan just seorang kawan, coz dulu kitorang pernah la couple, banyak benda yang berlaku, klo dipikirkan cam x logic ada gak, aku cakap cam tu sebab macam mustahil ada perempuan yang nak terjun bangunan atas sebab aku kena pindah sekolah, btw thank to my 'akak', dia yang tolong aku masa 2, cam pompuan giler dia masa 2, dia gak seorang yang suka begurau, and aku pon suka la cubit dia, but then after sumting happen kitorang pon clash gak la, tapi dengan cara yang damai, mungkin ada yang kenal, pas 2 kitorang stil contact cam biasa, and akhir2 ni dia mesti msg for say hi o miskol, selalunya mesti kol 12, perkara tu wat aku ternanti2, coz kol 12 je aku akan ready, lg pon klo kitorang msg pon mesti x lama, dalam setengah jam then dia mesti cakap 'ok la nak tido',, tapi berlaku sumting weird bout her, maybe dia nak gurau2, so dia cakap she will be wed in this april,first i think it just a joke, but she say seriously, then i cant make any thing, hati aku rasa cam sakit sangat, langsung x boleh buat kerja, nasib baik masa 2 shift kerja aku sudah habis, pas 2 aku terus balik coz cam dah x tau nak buat pe2, pas sampai umah ko terus masuk bilik n tido,, tapi sampai sekarang ku stil rasa sumting yang tumbuk2 hati aku
...
kenapa aku ada perasaan yang macam ni, ku piker kitorang just kawan, may be btul, ada gak lelaki yang jelez ttg sumting yang pernah menjadi milik dia akan hilang terus dari ingatan, ku harap semua ni x kan terus berlaku, coz wat masa ni aku rasa idop aku kosong, blur, n x tau nak buat pe, and just to remember her. coz she was my special girlin my life,,, i wish luck for her 4 her