Thursday, April 22, 2010

communication book

April 23
staff: asyraf
shift: nite

lain-lain
  1. semua dalam keadaan baik apabila aku memulakan kerja pada pukul 11 malam
  2. kejar malam ni sebenarnya banyak la gak, CDC n stockup air lagi
  3. semua tu siap dengan begitu cepat, tambah wat cleaning
  4. tujuannya adalaah sebab nak main badminton... hahaha
  5. seronok lak, x ada pon orang yang kacau. maklumlah pkol 4 pagi semua ngah nyenyak tido kat umah
  6. tapi pas tu jangan tanya la
  7. pas makan ice cream je, cam ada syaiton... leh jadi ngantok

Sunday, April 4, 2010

Ride at Tg Malim





































Pengembaraan Bermula

Kisah bermula apabila aku mengambil keputusan untuk mengikuti ride di Tanjung Malim. Dalam rasa berkobar-kobar nak g ride tu rasa marah pun ada gak coz malam tu aku terpaksa bekerja dan pulang ke rumah kol 7 pagi then kemas barang kol 8 berkumpul n gerak ke destinasi. Perjalanan nak g sana mengambil masa sejam setengah je, bukan lama pun. So aku pun x la berpeluang tido. Tapi stil x rasa ngantok pon. Aku kena layan kerenah anak cik Man, Adam. Per, budak ni memang aktif giler and banyak tanya, mulut dia le cakap x henti-henti. Dasyat-dasyat. Kawasan kem ni dekat ngan UPSI je, so bila nampak signboard ingatkan dah dekat la. Rupa-rupanya kena ikut jalan sempit sejauh 4 kilometer. Jalan dia jangan cakap la, kalau guna 4x4 ok la. Tapi kitorang sampai gak kat kem tu la.

Dah sampai mesti la la makan n masuk bilik. Kali pertama aku g kem konsep dia lain skit la. Makanan disediakan. Tapi alatan cam pinggan, cawan tu sendiri nyer tanggungjawab. Pandai-pandai la basuh sendiri. Kawasan kem ni kat lereng bukit so memeang best la. Btw ku cakap kem 2, bukan la maknanya kena guna khemah, tapi chalet la. Chalet lak 2 tingkat lak 2. Puas hati la. Time ni sume dah rasa tak sabar nak berperang. Siap je salin baju semua g kat field paintball, tak jauh pun dari kem 2. Yang budak-budak lak mandi sungai la apa lagi. Sebelum main paintball 2 ada taklimat sikit. Oleh sebab pemilik field tu merupakan rider n kawan2 so dia belanja la, main sampai puas beb. Penat sangat la pas 2, coz macam-macam la style kitorang wat, biasala amatur, biawak la, kura-kura la..SYOK habis. Malam lak pas makan ada sesi karaoke n x sah la kalau kem x wat bbq parti sampai la dekat kol 2. Letih tu

Hari kedua lak baru la kitorang bike. Janji melayu 2 sebati dengan club ni. Janji pukul 8, tapi dekat kol 9 baru nak gerak. Semua berjalan lancar. Kitorang kena menyeberangi 2 sungai untuk sampai ke camp site. Masa dalam perjalanan 2 le terserempak dengan babi hutan, nasib babi yang lari tengok kitorang. Kalau tak, nasib la sape yang kena sondol. Sampai je kat camp site semua tidak melepaskan peluang untuk menikmati kesejukan air sungai, dalam pun dalam, deras pun deras, tapi masih terkawal la. Time-time rest cam ni la bnyak cite keluar. Mesti tergelak besar punya la. Pas tu kitorang meneruskan perjalanan pulang ke kem. Masa ni la semua jd ketagih nan main paintball balik. Tak rest naik bilik mandi tukar baju terus g field. Bukan murah kalau nak main game paintball 2hari cam 2. Kali ni main sampai habis peluru. Tak kira ma bape banyak kali kena tembak pun. Unlimited life yang menyakitkan. First day aku lansung tak kena peluru pon. tapi bila second day semua yang pro main, habis bertubi-tubi la kena

Bila dah abis game tiba la pulak masa bergelak ketawa. Abg OA ni pemilik pusat paintball tu. Dia ni seorang yang pandai becerita. Semua cerita dia lawak la. Tapi semuanya lucah-lucah belaka. Walaupun aku stil bawah umur, itu dorang tak kesah pon. Abis je sembang semua balik kem untu kemas barang n plang ke rumah la. Pas ni dengar cerita nak wat kat Tambun lak. Aku nak join. Ada sape2 nak ikot?

Thursday, April 1, 2010

learn from what u see

Setiap manusia yang dilahirkan di dunia dianugerahkan ciri-ciri atau bakat yang mungkin tiada pada orang lain. Bakat yang ada dapat dikembangkan dengan pelbagai cara seperti melalui pengalaman mahupun pemerhatian. Daya ingatan yang kuat juga mampu membuatkan seseorang berjaya dalam bidang yang diceburi. Misalannya seorang doktor memerlukan kemahiran yang tinggi dalan melakukan pembedahan tapi bukan itu aja mereka juga perlu mengingati semua kesan sebelum semasa ataupun selepas pembedahan. Apakan daya doktor gak seorang manusia yang tidak terlepas dari melaakukan sebarang kesilapan. Kalau tak mesti x ada kes saman menyaman coz jarum tertinggal dalam perut la itu la ini la.


Sama gak sebagai seorang pelajar atau kanak-kanak. Kita belajar dengan melihat perlakuan seseorang. Kemudian timbul minat untuk mencuba. Kadang-kadang apa yang kita lakukan sesuai dengan usia. Tapi ada kalanya ia tidak sepatutnya berlaku. Oleh itu sebagai seorang remaja kita perlulah berfikir apa yang akan berlaku jika kita melakukan sesuatu perkara atas pemerhatian situasi semasa

...

Tak tau la kenapa aku menulis sebegitu. Maybe semasa ia disebabkan perkara yang berlaku pagi tadi. Semasa sampai di rumah ( balik dari keja la ) aku terlihat sebuah buku. Karisma 23 (smk 23) kalau buku sekolah cam ni aku suka tengok bahagian nukilan pelajar je. Belek punya belik ku jumpa la bahagian karton. La bukan banyak sangat pon. Pas 2 baca punya baca ada satu daripadanya pernah aku terbaca dalam majalah tempatan. Rasanya ujang kot tak pun apo? Rasanya ia tak sesuai di sebut " sudut kreatif pelajar". Tapi tak apa coz ia menciplak sesuatu yang baik dan menginsafkan. So konklusinya, banyak la perubahan yang berlaku. Kepada ex skol 23 tu pe agaknya yang korang pikir bila melihat skolah lama korang 2.. aku rasa cam x meriah je... itu pandangan aku je. k bye