Tuesday, June 22, 2010

we cant see the future

Tak lama lagi semua kawan-kawan aku akan melanjutkan pelajaran dalan pelbagai jenis jurusan. Ada diantara mereka yang tidak bernasib baik kerana tak dapat jurusan yang dihajati. Tapi lebih ramai yang dapat apa yang mereka mahu. Tahniah. Hasil kerja keras korang semua sepanjang tahun lepas sememangnya membuahkan hasil. Tapi bukan bagi aku. Aku sendiri tak tahu apa yang aku ingin capai apa matlamat aku, apa yang aku tahu hanyalah aku kena teruskan bidang engineering. Itu la yang mama dan ayah aku harapkan.


Kepada semua yang dapat IPTA tahniah ini kerana menjamin masa depan korang semua, ramai aantara korang mesti dapat UITM kan. Aku pun dapat gak kat tempat yang aku tak pernh dengar lansung sebelum ini, tempat yang diberi nama Machang, Kelantan. Tapi pada tarikh yang ditetapkan aku tidak akan mendaftar disana kerana jurusan yang aku dapat tak ada kaitan lansung dengan engineering. Diploma pengurusan bank, itulah apa yang aku dapat. Kenapa aku buat pilihan itu sedangkan ia tak ada kaitan dengan engineering??? jawapan nya sebab nak penuhkan gak 8 pilihan yang diberi. Rasa lawak lak bila aku kenangkaan peristiwa itu.


Aku gak dapat tawaran dari matrik Johor. Kali ini betul jurusan yang sepatutnya aku dapat. Itu pon selepas dimaklumkan oleh Bomoh. Rupanya ramai rakan aku yang dapat kat sana yang satu dorm jer dah ada 4 orang. Bomoh, din, kambing, n poji termasuk gak boyi budak kelas aku.

tapi kali ini kenapa aku tak terima tawaran itu?? ini kerana matrik ada lah tembat bagi budak-budak yang sentiasa rajin belajar. Aku sedar akan kemampuan diri aku ini. Aku bukan lah seorang yang rajin belajar sentiasa fokus dala kelas. Oleh itu mustahil untuk aku menerima tawaran yang berat seperti itu


Apakah tindakan yang harus aku lakukan? Mana hala tuju aku selepas ini? jawapanya aku terima tawaran dari UNIKL MFI bagi mengisi jurusan diploma of engineering technology in machine building ang maintenance. Tambahan pula tempat itu bukan lah dikira jauh dari rumah di Puchong ni. Kat Bangi jer berapa lama la sangat nak sampai sana. 30 minit, tak ada hal la. Akhir sekali aku harap kepada semua rakan-rakan aku belajarlah bersungguh-sungguh, sesungguhnya kejayaan korang hari ini bukan lah penentu bagi masa hadapan yang korang sendiri tak akan tahu apa yang akan terjadi. chaiyok!!

Saturday, June 5, 2010

live without rules, are this what u want

Apa yang korang akan bayangkan bila dapat hidup di IPTS. Memang la itu merupakan satu cabang untuk melanjutkan pelajaran. Tetapi cara hidup disana sungguh berbeza. Macam dah berada di luar negara. Keseronokan bersosial hingga lewat malam. Tidak ada masa yang tetap untuk pulang kerumah. Renung kembali tujuan seseorang untuk ke IPTS. Sudah semestinya diorang akan cakap, itu jer la cara untuk aku melanjuk kan pelajaran. Walhal selepas memasuki sebarang kolej swasta pilihan hati semuanya berubah. Percaya atau tidak itu lah hakikatnya. Kebebasan untuk bersosial memang tiada sebarang halangan. Mengikut ajakan rakan untuk minum beer pun tak ada halangan.




Kenapa aku menulis artikel begini? Ini adalah selepas kunjungan aku kesalah sebuah kolej swasta di shah alam. Melalui pemerhatian aku sendiri, cara hidup disana sungguh berbeza daripada asrama yang pernah aku duduki. Ia tiada sebarang peraturan, sebarang pengawasan atau sebarang tindakan. Semuanya mengikut kata hati sahaja. Bagaimana seorang perempuan yang baru berkenalan beberapa jam sudah berani mengikut seorang lelaki untuk dibawa masuk kerumah. Dahulu masa duduk diasrama kita diasingkan antara pelajar lelaki dan perempuan. Tetapi disana seperti hotel, korang boleh nak cek in n cek out tak kira masa. Nak pergi clubing o melepak tepi kolam, semua seperti kita pergi holiday. Memang seronok bagi seseorang yang inginkan kebebasan.

always in my memories

in this photo: Nur Sabrina Abd Rashid , Nur Haziqah , Badriah Izzati , zahiruddin, Asyraf Safwan , asyraf, Efa Zalila, azizah mukhlas, Nurul Azizah , priya, zulhelman, Reddish Anis , anis, yasmin, Nurul Yasmin, Muhammad Faidhi Syahmi Bachok , faidhi, azizah, syuhada, Azizah Aziz , Muhammad Basril Muhammad Asri , Acapwhite Thylacoleoz , hidayah, Zanariah Zana , Mayla Mela , cikgu rozana, diyana, Amir Farhan , Amirul Hazimi , ummirah, Fiza Lola , Halimatul Sa'adiah , devalagan, azrin, amalina, Kamal Mh, putri, Nabil Muhamad

Kadang-kadang apa yang telah berlalu membuatkan kita teringin kembali kepada masa itu. Tapi apakan daya ia hanya tinggal kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan. Kenangan itu membuatkan kita menghargai semua perkenalan dengan kawan-kawan. Walaupun ada diantara rakan yang kita lupa akan namanya tetapi dengan kecanggihan teknologi apa jer yang kita tidak leh cari. Setelah sekian lama, usaha seorang rakan menemukan rakan-rakan lama membuatkan kita sedar bertapa gembiranya semasa bersekolah rendah dahulu. Sudah hakikat manusia mudah melupakan sesuatu, oleh itu ingat mengingati membuatkan kita bertambah disenangi dan bertambah kemesraan antara satu sama lain. Mengimbau kenangan silam membuatkan semua terasa lucu dihati. Teringat kenakalan sebagai seorang pengawas, dicubit sebab tak pakai tai, keseronokan membuat spotcek, rehat bersama-sama, jadi budak nerd, didenda akibat tak siap kerja sekolah, dan berkomplot memegang jawatan dalam unit beruniform. Haha. Terlalu seronok disebabkan tak payah nak fikir perkara remeh temeh ni.

Sesungguhnya keseronokan itu hanya tinggal kenangan yang tidak mungkin sekali kita dapat laluinya lagi. Kalaulah aku berpeluang kembali ke masa itu mungkin aku akan sedar akan kepentingan pembelajaran dalam hidup ini. Banyak lagi akan berubah jika itu boleh berlaku. Klo la sand of time tu wujud..... hahahaha( berangan).

Wednesday, June 2, 2010

what i get for my resign

Dah lama rasanya x menaip kat blog ni, rasa nya dah lebih sebulan. Sungguh x disangka setelah 5 bulan bekerja sekaraang tiba masa untuk meletak jawatan. Last shift aku pada 31 mei 2010 ialah malam. Rasanya sekejap jer benda ni berlaku. Dulu 1st time aku masuk 7e yg aku tau just kena buat cleaning jer. Memang mangsa buli la kiranya. Terima kasih kepada kak norma yang sudi mengambil saya bekerja. Sebab sebelum tu ada kisah kelakar yang berlaku.
Tapi sekarang macam-macam yang aku belajar. Bekenalan dengan pelbagai jenis perangai manusia boleh membuatkan korang ketawa. Ada yang mudah mesra, bengis, kedekut, gedik, n macam2 lagi. Sama seperti yang aku tulis dalam buku komunikasi kat 7e, tempat tu bg aku adalah tempat persinggahan kepada anak2 muda. Ramai yang kerja then berhenti. Antara tempoh masa staf yang paling kejap jer keja adalah selama 2 hari. Mungkin tak tahan dengan pembuli senior kat sana. Tapi apa yang aku rasa bangga dan sedih adalah melihat seorang nenek tua bekerja di 7e. Memang la tak pelik , tapi aku rasa sedih, mana lah perginya remaja zaman sekarang. Bagi aku kerja bukan hanya untuk $ tapi lebih kepada pengalaman. Dah la nenek tu kerja kat 7e yg ada kat sebelah sunway piramid tu. Emm tah la.

APA YANG ASYRAF CAKAP TENTANG.....

kak norma: merupakan seorang yang sempoi, sanggup memberi peluang kepada seseorang untuk memperbaiki diri, tidak cepat melenting, selalu mengutamakan kebajikan staf, mengutamakan kerja dari keluarga, selalu gadoh ngan husband dia, suka wat lawak jer,
1 jer, klo dia oder barang x pernah sikit

kak mira: merupakan seorang yang berhati2 dalam setiap benda, lg2 duit, em berjiwa muda so senang jer nak kerja dgn dia ni, 'nak melepak boleh asalkan kerja siap' , masalah satu jer, seorang yang boleh dikira playgirl la gak, bahaya oo beb

kak rose: orang yang paling kuat makan antara semua, haha paling comel la, jari2 dia pon comel,hahaha, pernak sekali aku rasa x puas hati dgn dia ni, tapi pas tu ok jer, satu2nyer manager yang wat meeting, dia ni jenis yang x kesah, aku pernak hantar dia balik ruamah naik motor, selalunya perempuan susah nak naik moto tapi x bg dia, mudah mempercayai seseorang

abg midi: seorang yang pelik, lelaki yang lembut, mempunyai minat kepada laki, bahaya tu! tapi merupakan seorang yang pemurah, x pernah berkira pasal duit, mudah touching, benci terhadap duit 50 ringgit, akan memastikan rambut lurus, guna iron la katakan, selalu ambik cuti untuk balik kampung, dalam beg mest sentiasa ada barang makeup

kak ifa: 1st time masuk 7e merupakan seorang yang gagap, tapi sekarang dah lain, tak pernah berasa terhina walaupon memiliki tubuh yang besar, staf yang garang, klo dia marah budak2 pon leh nangis, budak2 jer la..suka berpakat ngan abg midi nak kenakan orang lain.. kejam doh, klo nak buat benda tu selamba jer,haha otai ni beb

kak siti: merupakan cewek kelantan, status yang merisau kan, aku pon tak paham x kawin lg tapi tinggal rumah pakwe dia, suka bercerita pasal pakwe dia, semua pakwe dia, haha, kira seorang yang sopan la, dengar cita sekarang dia pon dah berhenti, suka ambik cuti mengejut,

amirul: merupakan kawan lama masa sekolah rendah dulu, seorang yang hyper, selalu wat lawak, mempunyai perangai yang pelik, seorang yang cepat panas baran walupon ngan perempuan, klo beli barang tu main redah jer, klo aku kerja malam ngan dia kitorang mengutamakan main badminton dari kerja2 kat 7e tu

ina: budak sekolah aku yang aku x pernah kenal, suka gelak walaupon benda tu tak lawak, ada sakit mental kot, sentiasa happy, ambik ganja la kot, handphone dah rosak pon boleh gelak lagi, suka melawan, mangsa buli aku, selalu kena buli,,, hehehehe

kak sya: staf baru yang nampak cam pendiam tapi klo dia bebicara, fuyooo, ayat nak masyuk jer, cam sastrawan, staf yang datang naik kereta, melampau nak market jer, cam panguin, haha pengikut yuna

kak mun: dia ni pengganti ina, mangsa buli aku yang seterusnya, walaupun lagi tua dari aku,perangai cam budak2, tak nampak lansung kematangan dia, tak tau la knp ngan dia aku jd lemah sikit, mudah layan lelaki, semua laki yang mintak no telepon dia mesti bagi, maklumlah rupa mmg ada, cara bergaya yang mmg x sesuai

kak ida: yang ni aku malas nak komen bnyak, suka menjawab, bnyak tanya, tak sporting,muka cam gengster, payah la nak cakap, suka-suki jer... mmg x leh tahan la, tak senang aku nak tido

Keseluruhan cerita ini adalah untuk peringatan aku jer, bukan untuk korang. Mana lah korang kenal dorang ni. Semua tinggal kenangan. semua panggilan tu ada lah sebab aku adalah staf paling muda. So aku mendapat layanan sebagai adik bongsu, walaupon ketinggian aku lebih dari yang lain. Sekian