Wednesday, June 2, 2010

what i get for my resign

Dah lama rasanya x menaip kat blog ni, rasa nya dah lebih sebulan. Sungguh x disangka setelah 5 bulan bekerja sekaraang tiba masa untuk meletak jawatan. Last shift aku pada 31 mei 2010 ialah malam. Rasanya sekejap jer benda ni berlaku. Dulu 1st time aku masuk 7e yg aku tau just kena buat cleaning jer. Memang mangsa buli la kiranya. Terima kasih kepada kak norma yang sudi mengambil saya bekerja. Sebab sebelum tu ada kisah kelakar yang berlaku.
Tapi sekarang macam-macam yang aku belajar. Bekenalan dengan pelbagai jenis perangai manusia boleh membuatkan korang ketawa. Ada yang mudah mesra, bengis, kedekut, gedik, n macam2 lagi. Sama seperti yang aku tulis dalam buku komunikasi kat 7e, tempat tu bg aku adalah tempat persinggahan kepada anak2 muda. Ramai yang kerja then berhenti. Antara tempoh masa staf yang paling kejap jer keja adalah selama 2 hari. Mungkin tak tahan dengan pembuli senior kat sana. Tapi apa yang aku rasa bangga dan sedih adalah melihat seorang nenek tua bekerja di 7e. Memang la tak pelik , tapi aku rasa sedih, mana lah perginya remaja zaman sekarang. Bagi aku kerja bukan hanya untuk $ tapi lebih kepada pengalaman. Dah la nenek tu kerja kat 7e yg ada kat sebelah sunway piramid tu. Emm tah la.

APA YANG ASYRAF CAKAP TENTANG.....

kak norma: merupakan seorang yang sempoi, sanggup memberi peluang kepada seseorang untuk memperbaiki diri, tidak cepat melenting, selalu mengutamakan kebajikan staf, mengutamakan kerja dari keluarga, selalu gadoh ngan husband dia, suka wat lawak jer,
1 jer, klo dia oder barang x pernah sikit

kak mira: merupakan seorang yang berhati2 dalam setiap benda, lg2 duit, em berjiwa muda so senang jer nak kerja dgn dia ni, 'nak melepak boleh asalkan kerja siap' , masalah satu jer, seorang yang boleh dikira playgirl la gak, bahaya oo beb

kak rose: orang yang paling kuat makan antara semua, haha paling comel la, jari2 dia pon comel,hahaha, pernak sekali aku rasa x puas hati dgn dia ni, tapi pas tu ok jer, satu2nyer manager yang wat meeting, dia ni jenis yang x kesah, aku pernak hantar dia balik ruamah naik motor, selalunya perempuan susah nak naik moto tapi x bg dia, mudah mempercayai seseorang

abg midi: seorang yang pelik, lelaki yang lembut, mempunyai minat kepada laki, bahaya tu! tapi merupakan seorang yang pemurah, x pernah berkira pasal duit, mudah touching, benci terhadap duit 50 ringgit, akan memastikan rambut lurus, guna iron la katakan, selalu ambik cuti untuk balik kampung, dalam beg mest sentiasa ada barang makeup

kak ifa: 1st time masuk 7e merupakan seorang yang gagap, tapi sekarang dah lain, tak pernah berasa terhina walaupon memiliki tubuh yang besar, staf yang garang, klo dia marah budak2 pon leh nangis, budak2 jer la..suka berpakat ngan abg midi nak kenakan orang lain.. kejam doh, klo nak buat benda tu selamba jer,haha otai ni beb

kak siti: merupakan cewek kelantan, status yang merisau kan, aku pon tak paham x kawin lg tapi tinggal rumah pakwe dia, suka bercerita pasal pakwe dia, semua pakwe dia, haha, kira seorang yang sopan la, dengar cita sekarang dia pon dah berhenti, suka ambik cuti mengejut,

amirul: merupakan kawan lama masa sekolah rendah dulu, seorang yang hyper, selalu wat lawak, mempunyai perangai yang pelik, seorang yang cepat panas baran walupon ngan perempuan, klo beli barang tu main redah jer, klo aku kerja malam ngan dia kitorang mengutamakan main badminton dari kerja2 kat 7e tu

ina: budak sekolah aku yang aku x pernah kenal, suka gelak walaupon benda tu tak lawak, ada sakit mental kot, sentiasa happy, ambik ganja la kot, handphone dah rosak pon boleh gelak lagi, suka melawan, mangsa buli aku, selalu kena buli,,, hehehehe

kak sya: staf baru yang nampak cam pendiam tapi klo dia bebicara, fuyooo, ayat nak masyuk jer, cam sastrawan, staf yang datang naik kereta, melampau nak market jer, cam panguin, haha pengikut yuna

kak mun: dia ni pengganti ina, mangsa buli aku yang seterusnya, walaupun lagi tua dari aku,perangai cam budak2, tak nampak lansung kematangan dia, tak tau la knp ngan dia aku jd lemah sikit, mudah layan lelaki, semua laki yang mintak no telepon dia mesti bagi, maklumlah rupa mmg ada, cara bergaya yang mmg x sesuai

kak ida: yang ni aku malas nak komen bnyak, suka menjawab, bnyak tanya, tak sporting,muka cam gengster, payah la nak cakap, suka-suki jer... mmg x leh tahan la, tak senang aku nak tido

Keseluruhan cerita ini adalah untuk peringatan aku jer, bukan untuk korang. Mana lah korang kenal dorang ni. Semua tinggal kenangan. semua panggilan tu ada lah sebab aku adalah staf paling muda. So aku mendapat layanan sebagai adik bongsu, walaupon ketinggian aku lebih dari yang lain. Sekian

No comments: