in this photo: Nur Sabrina Abd Rashid , Nur Haziqah , Badriah Izzati , zahiruddin, Asyraf Safwan , asyraf, Efa Zalila, azizah mukhlas, Nurul Azizah , priya, zulhelman, Reddish Anis , anis, yasmin, Nurul Yasmin, Muhammad Faidhi Syahmi Bachok , faidhi, azizah, syuhada, Azizah Aziz , Muhammad Basril Muhammad Asri , Acapwhite Thylacoleoz , hidayah, Zanariah Zana , Mayla Mela , cikgu rozana, diyana, Amir Farhan , Amirul Hazimi , ummirah, Fiza Lola , Halimatul Sa'adiah , devalagan, azrin, amalina, Kamal Mh, putri, Nabil MuhamadKadang-kadang apa yang telah berlalu membuatkan kita teringin kembali kepada masa itu. Tapi apakan daya ia hanya tinggal kenangan yang tidak mungkin dapat dilupakan. Kenangan itu membuatkan kita menghargai semua perkenalan dengan kawan-kawan. Walaupun ada diantara rakan yang kita lupa akan namanya tetapi dengan kecanggihan teknologi apa jer yang kita tidak leh cari. Setelah sekian lama, usaha seorang rakan menemukan rakan-rakan lama membuatkan kita sedar bertapa gembiranya semasa bersekolah rendah dahulu. Sudah hakikat manusia mudah melupakan sesuatu, oleh itu ingat mengingati membuatkan kita bertambah disenangi dan bertambah kemesraan antara satu sama lain. Mengimbau kenangan silam membuatkan semua terasa lucu dihati. Teringat kenakalan sebagai seorang pengawas, dicubit sebab tak pakai tai, keseronokan membuat spotcek, rehat bersama-sama, jadi budak nerd, didenda akibat tak siap kerja sekolah, dan berkomplot memegang jawatan dalam unit beruniform. Haha. Terlalu seronok disebabkan tak payah nak fikir perkara remeh temeh ni.
Sesungguhnya keseronokan itu hanya tinggal kenangan yang tidak mungkin sekali kita dapat laluinya lagi. Kalaulah aku berpeluang kembali ke masa itu mungkin aku akan sedar akan kepentingan pembelajaran dalam hidup ini. Banyak lagi akan berubah jika itu boleh berlaku. Klo la sand of time tu wujud..... hahahaha( berangan).
No comments:
Post a Comment