Tuesday, May 31, 2011

Sekali lagi plezzz..


Cam mana nak mulakan cerita untuk hari ini. Rasanya ada tiga perkara yang penting aku lakukan untuk hari ini. Yang pertama sekali adalah pergi interview, kemudian terima surat dari UniKL dan akhir sekali pergi menonton wayang seisi keluarga.

Benda pertama yang aku buat selain bersihkan diri lepas bangun tidur ada lah pergi interview di syarikat tempat ayahku sendiri bekerja. Macam best walaupun ada rasa takut ataupun gementar. Oleh kerana bangun lewat dan sampai di Shah Alam pun dah pukul 12 maka jadual sepatutnya di interview awal ditunda sehingga ke pukul 2.30 petang. Menunggu sahajalah aku di sana. Pengalaman kedua di interview membuat kan aku berasa sedikit janggal. Dulu semasa nak g temuduga di 7Elevan sempoi jer. Dengan memakai baju T dan berselipar aku ditemuduga oleh Kak Norma. Senang-senang jer dapat bekerja di 7E. Tapi tadi berbeza sikit terpaksa ke bahagian HR sebelum dihantar ke bahagian kilang untuk ditemuduga. Susah juga la siap kena jawab periksa dalam bentuk lazim lagi tu walaupun soalan yang ditanya adalah tambah,tolak,darab dan bahagi nak jawab sudah macam budak darjah satu.

Seterusnya aku menerima sepucuk surat daripada Unikl mengumumkan bahawa "anda terpilih untuk mengikuti kem OC di Pahang". Jadi OC la aku nampaknya. Sekarang hati sedah berbelah bahagi sama ada hendak menyertai OC ataupun mahu bekerja. Letih la asyik nak befikir sahaja. Ada yang memberi pendapat sekiranya aku menyertai OC banyak pengalaman akan ku timba itu sama juga jika akau bekerja. Adoi sakit kepala ku.

Akhir sekali baru sebentar tadi aku pulang dari menyaksiakan wayang cerita Kung Fu Panda 2. Jalan cerita yang menarik membuatkan aku berasa tenang seketika sebab asyik ketawa. Po memang kelakar. Dah cam budak kecik lak aku ni kan. Tapi tu la hakikatnya seronok tak terhingga. Rasa nak tengok lagi jer esok. Tolong kepada yang murah hati belanja la aku yer.




Monday, May 30, 2011

Ganas yer marah.. (gym)

Hari ni dah nak masuk bulan Jun tapi aku masih ada masa selama sebulan lebih lagi bercuti. Esok aku akan ke Shah Alam untuk di interview. Kalau permohonan aku diluluskan aku akan mula bekerja dalam tempoh terdekat ni. Dengan itu jadual harian aku akan berubah sekali lagi. Mungkin masa-masa untuk aku berhibur akan lebur. Nak buat cam mana kalau itulah hakikatnya.

Tapi itu semua hanya kemungkinan sahaja kerana buat masa ini aku menjalani hidup dengan penuh enjoy. Untuk hari ini sahaja lebih daripada RM 20 aku belanjakan untuk makan dan ke gym. Cam tak percaya duit aku mengalir dengan begitu sahaja. Patut la cepat pokai.

Hari-hari yang aku jalani tak semuanya berjalan dengan begitu sempurna kerana aku sentiasa mempunyai masalah dengan Liyana Ghazali. Dengan kata lain asyik nak bergado jer. Semalam aku pergi ke IOI berjalan-jalan dengan Mirul kerana dah tak tau nak buat apa di rumah. Nak dijadikan cerita aku pergilah ke tempat Liyana bekerja, masalah yang membuatkan aku menjadi sakit hati adalah apabila dia hanya lalu dihadapanku tanpa menjeling sedikit pun. Lansung tak nampak atau lihat aku di hadapannya. Sakit hati bila aku ingat peristiwa yang berlaku itu.

Tetapi pergaduhan itu tak lah lama, sebab baru sebentar tadi aku keluar diner dengannya di Seksyen 7 walaupun hanya makan satay dan kentang putar. Senang betul aku cair dengan kerenah dia. Tah la mungkin sebab dah biasa dengan perangai si dia. Kalau dah sayang benda salah pun boleh jadi betul tak begitu.

Sunday, May 29, 2011

its me in 2011






Separuh Tahun

Update pertama untuk tahun 2011, walaupun sekarang dah penghujung bulan Mei. Dah setengah tahun berlalu, habis dua sem di universiti seterusnya sedang menjalani rehat sebagai penganggur selama dua bulan yang begitu membosan kan. Dengan poket yg kosong hidup ini diteruskan dengan tidur dan online sepanjang masa. Nak keluar pun tak ada member coz semua dah start sambung belajar semula.

Nak diceritakan tentang perasan ini yang mula berbelah bagi. Entah apa la perasaan yang melanda hati ketika ini. Kebosanan yang melampau. Sem dua di universiti aku lalui tak semudah yang disangka. Sem dua ini gak aku menyertai pelbagai kejohanan rugbi bermula dengan Banting 10's, kemudian UKM 10's dan seterusnya UniKL MIMET 7's. pencapaian yg mengembirakan dengan menjadi johan plate di Lumut, Perak.

Rasanya tak banyak yang boleh diperkatakan, disebabkan sem ini aku terlampau banyak main. Sementara menunggu result yang merisaukan. Selain itu sepanjang tahun 2011 ini terdapat banyak perubahan yang melanda terhadap sikap rakan-rakan yang ku kenali temasuk juga diri ini. Supaya perubahan yang melanda ini akan beterusan kearah kebaikan.