Monday, May 30, 2011

Ganas yer marah.. (gym)

Hari ni dah nak masuk bulan Jun tapi aku masih ada masa selama sebulan lebih lagi bercuti. Esok aku akan ke Shah Alam untuk di interview. Kalau permohonan aku diluluskan aku akan mula bekerja dalam tempoh terdekat ni. Dengan itu jadual harian aku akan berubah sekali lagi. Mungkin masa-masa untuk aku berhibur akan lebur. Nak buat cam mana kalau itulah hakikatnya.

Tapi itu semua hanya kemungkinan sahaja kerana buat masa ini aku menjalani hidup dengan penuh enjoy. Untuk hari ini sahaja lebih daripada RM 20 aku belanjakan untuk makan dan ke gym. Cam tak percaya duit aku mengalir dengan begitu sahaja. Patut la cepat pokai.

Hari-hari yang aku jalani tak semuanya berjalan dengan begitu sempurna kerana aku sentiasa mempunyai masalah dengan Liyana Ghazali. Dengan kata lain asyik nak bergado jer. Semalam aku pergi ke IOI berjalan-jalan dengan Mirul kerana dah tak tau nak buat apa di rumah. Nak dijadikan cerita aku pergilah ke tempat Liyana bekerja, masalah yang membuatkan aku menjadi sakit hati adalah apabila dia hanya lalu dihadapanku tanpa menjeling sedikit pun. Lansung tak nampak atau lihat aku di hadapannya. Sakit hati bila aku ingat peristiwa yang berlaku itu.

Tetapi pergaduhan itu tak lah lama, sebab baru sebentar tadi aku keluar diner dengannya di Seksyen 7 walaupun hanya makan satay dan kentang putar. Senang betul aku cair dengan kerenah dia. Tah la mungkin sebab dah biasa dengan perangai si dia. Kalau dah sayang benda salah pun boleh jadi betul tak begitu.

No comments: