Wednesday, September 28, 2011

Larr aku lagi yang Salah - jiwang menyakitkan

Sekarang dah pukul 11.30 tgh hari. Aku hanya duduk di rumah mendengar lagu dan menonton tv sambil membaca surat khabar. Hingus lak masih belum berhenti mengalir mungkin disebabkan tidur lambat malam tadi. Entah la mungkin tahun ni antara tahun yang bosan aku menyambut hari jadi.

Oleh kerana malam tadi aku mendapat panggilan percuma dari maxis sempena menyambut hari kelahiran aku telah membuat beberapa panggilan kepada si dia. Bagaimana mahu aku jelas kan. Tapi yang pasti ia bukan sesuatu yang baik yang berlaku. Adakah aku yang masih bersalah??? Kenapa aku pula yang kena marah??? Dan aku tak pernah dan tak akan faham tentang perasaan si dia. Kejab aku rasa dia mengangis tetapi dinafikan pula. Bila aku bagi peluang becakap dia macam nak tak nak jer cakap. Ooo aku lak yang pekak kot.

Dari gaya dia memarahi aku macam dia dah cuba untuk selesaikan masalah yang berlaku. Selepas kami bergaduh aku hanya menerima satu pesanan ringkas dan malam tadi dalam pukul 9 aku menerima panggilan daripada si dia tapi aku membiarkan sahaja. Hari-hari yang sebelumnya ada pulak dia cuba menghubungi aku. Tak ada, segala masalah ini akan terkena pada aku balik. Aku tahu dan itu lah yang selalunya berlaku. Semua salah, salah aku. Mungkin sebab itu juga lah aku selalu dipandang serong oleh teman-temannya. Memang terbaik. Aku dah naik bosan dengan semua ini. Dia pandai membuatkan aku rasa besalah. Post pada wall dia di fb sudah cukup menyinggung perasaan aku kerana bukan aku yang mahukan ini semua berlaku.

After 12 am



Cukup untuk sesuatu yang menyedihkan. Apa la pada hari lahir aku menyambut dengan perasaan yang menyedihkan. Aku nak berasa gembira pada hari ini tapi apa yang aku leh buat duit aku pon dah abis minggu lepas. Hanya menunggu duit mara masuk. Ooo kalau nak beceritakan sesuatu yang boleh menggembirakan hati aku mungkin aku akan beceritakan apakah hadiah yang aku terima pada tahun ini.



Dua buah telefon bimbit adiah dari mama dan ayah. Hahaha. Tak ada lagi CSL yang hancur sekarang aku menggunakan Nokia C1-02 dan Sony Ericsson Txt Pro CK15i. dua buah handphone yang dibeli serentak. Tetapi munstahil aku boleh mendapat kedua-duanya sekali. Sebenarnya hanya SE Txt Pro menggunakan duit pemberian ayah dan lagi satu aku telah membuat loan dengan Aminy dan Faiz hahahah. Berhutang lah aku. Sebab itu lah duit pada bulan ini cepat jer abis. Kalau bulan lepas aku telah membelanjakan duit dengan menukar tayar motor bahagian belakang yang botak bernilai RM150 jenis Dunlop TT900 100/80.

Sememangnya aku boros dalam berbelanja. Tapi sejak tahun lepas aku jarang meminta wang belanja dari mama atau ayah kerana aku tak ingin menyusahkan mereka. Aku cuba belagak macam ada duit sedang kan terpaksa mengikat perut. Hahah. Tak apalah aku banyak terhutang budi dan duit kepada kawan-kawan aku. Mungkin ia satu sebab untuk aku menjaga badan. Tak adalah aku perlu mencari baju bersaiz L lagi kerana masih memakai M dan S jangan terkejut. Itu hakikat. Selagi boleh bergaya baik diteruskan.

Cerita Malam Hari Jadi

Beberapa minit sebelum 28hb September tarikh dimana aku dilahirkan dimuka bumi ini. Hari dimana mama terpaksa menahan sakit untuk melahirkan aku. Cerita yang sentiasa membuatkan aku berasa sedih bila ia diceritakan. Betapa payahnya membersarkan aku selama 19 tahun. Bermula dari sekolah tadika sehingga la belajar di IPT. Tidak semua yang aku mahu dan idamkan menjadi kenyataan.

Kalau dahulu aku belari bekejaran di hadapan rumah, melihat buaya secara live kat sungai klang, bermain pondok-pondok dan bermacam-macam lagi. Tetapi tidak masa sekarang, aku mempunyai tanggungjawab, tanggungjawab sebagai anak, abang, rakan dan pemimpin. Semua benda itu tidak pernah aku mengerti suatu ketika dulu. Bagi aku kehidupan aku sebagai kanak-kanak bermula ketika berumur 10 tahun, ketika di darjah empat. Baru la aku mengerti erti persahabatan dan kenapa perlunya pelajaran selain bermaian. (ketika ini aku sedang membaca text ucapan hari jadi dari si dia ).

Sambung balik cerita, sebenarnya apa yang aku cari dalam kehidupan ini. Itu lah yang mebuatkan kita sentiasa meneruskan kehidupan ini. Aku hanya dapat beterima kasih dan beterima kasih kepada mama dan ayah kerana telah membesarkan diri ini. Banyak cerita manis yang menjadi ingtan aku.

Kalau nak ceritakan kenangan manis ketika menyambut hari jadi mungkin tak banyak. Dulu masa kecik-kecik aku menyambut hari jadi dengan adik, Arif kerana hari lahir dia pada bulan 26hb September. Itu kisah dulu-dulu. Bila bersekolah tadika lak mama selalu buat bungkusan plastic dan diisi jajan untuk diberi kepada kawan-kawan sekolah. Selepas itu hari jadi aku disambut hanya dengan ucapan kerana aku selalu merahsiakan tarikh bekenaan. Sekarang ni pun sama jer, mana ada yang ucap kat aku lagi. Text 1 jer ada la. Itu pon lambat. Sebab mama dan ayah dah ucap lagi awal. Masa bersekolah asrama aku tak pernah kena baling tepung atau telur seperti kawan-kawan yang lain.

Macam bosan pon ada juga hidup aku ini. Sepanjang 19 tahun aku hanya pernah mendapat hadiah dari lima orang yang aku ingat, mama, ayah, Anis, Fatin Farhanah dan Liyana Ghazali (si dia). Kali terakhir aku terima ialah pada dua tahun lepas. Mama dan ayah kebiasaannya akan belanja makan di tempat yang menarik, anis lak pernah bagi kotak hadiah yang diisi dengan globe, Anna lak pernah bagi aku patung tady bear dan yana pernah bagi sebuah jam tangan pada 2008 dan deodorant 2009 mungkin dia tak suka dengan bau aku kot.

Itu sahaja la kisah yang aku nak kongsi malam ini. Asyraf Safwan selamat hari jadi yang ke-19 tahun semoga hidup ko diteruskan dengan lebih gembira dan berjaya!!

Seminggu nyer cerita

Sedar tak sedar sekarang dah di penghujung bulan September dan aku akan menyambut hari kelahiran untuk yang ke-19 tahun. Seperti biasa banyak benda yang aku terlupa ataupun lalai dalam kehidupan ini. Otak kata jangan tapi hati kata ya. Lirik lagu “Cinta Muka Buku” yang aku sedang dengari mungkin ungkapan yang sesuai aku gunakan untuk kali ini.

Pada kebiasaan aku akan mulakan article dengan masalah yang aku hadapi dengan si dia. Memang benar kerana dah dekat seminggu aku lansung tak menghubungi si dia. Tak apa-apa la klo dah beria-ia minta maaf ,pastu leh la aku yang kena marah sedangkan aku tengah sakit. Demam, selsema dan sakit perut, sakit yang sama yang dialami Faiz Abdullah sehingga menyebabkan dia masuk hospital. Aku beruntung kerana semua ubatnya aku telan dan menyebabkan aku menjadi high lalok habis mengikut cerita teman serumah aku. Blow your mind. Dan apa yang aku alami bagai tiada belas kasihan disebabkan aku juga yang kena marah.

Siapa yang tak sakit hati jika diperlakukan seperti itu kan. Baru minta maaf pasti nak marah-marah lak. Semua text aku padam kerana setiap kali aku baca sakit hati aku ni. Nak marah aku sebab handphone cam tak masuk akal. Aku cakap la itu hanya sekadar untuk surprise dia. Tapi ada dia percaya. Bangang tol aku sekarang masih terasa marahnya.

Aku pun cakap lah dia tak sama macam aku aku lebih suka begurau, klo la sebelum ini aku ada juga buat perkara yang sama. Leh lak dia terima. Imbas kembali semasa aku mengambil lessen kereta dulu. Ada dia tau. Then tetiba aku pergi melawat dia di Banting siap bawak dan belanja makan KFC lagi. Aku tambah la lagi, bagi aku dia tak pernah ada untuk aku berkongsi masalah. Aku lagi kena marah. Dah macam bodoh aku ni. Semua aku yang salah. Benda betul!!!!!!!! Memang selalu dia becerita denagn aku tapi kesemuanya bukan masalah dia tapi lebih kepada apa yang dilakukan seharian. Itu bukan masalah. Cuba cerita pasal pointer kat Matrik. Ehh apa tu. Aku tak perlu tahu juga tu.

Bodoh!! Asyraf sekarang ko lak yang jadi pengungkit. Kenapa? Dah semua memang salah ko terima sahaja lah!! Padan muka kalau kau tu sakit, buat la cara orang sakit. Sekarang padan muka dengan kau. Dah la sakit, kena marah lagi. Seronok tak??? Dia memang selalu buat ko marah. Tapi kenapa ko masih sayang kan dia. ? kenapa ko masih berleembut dengan dia? Sedang kan kau tu lelaki? Penakutkah kau? Mana cirri-ciri kepimpinan yang engkau biasa tunjukkan di sini? Kenapa bila berhadapan dengan dia ko jadi bacul?

Cukup la. Macam-macam yang aku leh merepek dan mungkin sekali ini akan mengeruhkan lagi keadaan. Jom kita bercerita pasal raya lak. Pada awal bulan raya dulu memang aku hanya duduk di rumah kerana tiada tempat yang ingin dituju melainkan rumah saudara mara jer. Tapi semakin hampir penghujung bulan raya barulah aku terima jemputan ke open house. Ada yang baik dan buruknya tindakan aku seperti yang aku update di dalam Fb.

Ok mari kita mulakan dengan apa yang berlaku sepanjang minggu lepas. Dimulakan pada hari Isnin seperti biasa kelas tech communication English dan Electrical principle. Mungkin tiada apa-apa yang berbeza kerana pada hari itu aku meraikan raya setelah tamatnya puasa 6. Masuk hari Selasa, hanya terdapat kelas France kerana bengkel dibatalkan. Walaupun begitu ia sesuatu yang agak aku tidak gemari apa bila seharian si dia tak menghubungi aku. Katanya masalah phone. Tamat lah sampai di situ.

Seterusnya, Rabu sepatutnya aku tiada kelas pada hari ini tetapi kerana terdapat kelas ganti terpaksa juga lah aku hadiri walaupun badan dah terasa kurang bertenaga dan lemah jer. Benda yang aku taknak tulis kerana hari ini lah kami mula bergaduh. Dia busy dengan makan jer. Ptptn n laptop baru la. Tiada apa yang perlu aku ungkit lagi kerana baru sebulan di sana dia sudah cukup busy dengan pelbagai aktiviti. Pergi Jengka la then event jadi patung la. Cukup la. Masuk hari Khamis dimana seluruh badan dah tak tertahan dengan sakit yang aku alamai. Sepanjang hari berasa sejuk walaupun suhu badan begitu panas. Atas nasihat kawan aku makan tengah hari bersama dengan Naim, Abok, dan En Azrul berbincang sedikit persiapan team rugby untuk game bulan October ini. Tetapi kerana tak beselera dan perut yang sakit aku pulang semula ke kolej dan rebah di atas katil JPM di blok B010. Beralaskan tilam kemudian nya ditindih lagi tilam lain barulah aku rasa kurang sejuk tetapi masih menggigil. Dalam keadaan begitu aku masa mahu ke kelas math. Walaupun setelah menunggu hampir sejam masih tiada lecturer yang hadir dan keesokkan harinya, Jumaat terdapat Test 1.

Jumaat, merupakan hari yang paling busy untuk semester July 2011. Kita mulakan dengan kelas pagi strength , en ujang, quiz ditunda pada waktu petang, sambung pula test 1 math, yang aku jawab dan berserah sahaja, pulang kerumah untuk menunaikan solat jumaat di GMI. Setelah itu di rumah sibuk menyiapkan assignment yang baru diterima waktu pagi ( kelas strength ) tetapi dah nak kena hantar pada kelas petangnya. Kelas yang sepatutnya bermula pada pukul 3 tetapi aku lewat 30 minit. Duduk di dalam kelas yang tak tau perkara apa yang diajar oleh en ujang utk subjek Manufacturing Tech. Habis kelas pada pukul 5 disambung pula kuiz strength yang ditunda paginya. Oleh kerana tahap kesihatan yang kurang aku tidak bersedia lansung dengan sebarang persediaan calculation. Ia juga merupakan kertas jawapan yang beserah sahaja. Setelah tamat kuiz itu aku yang dipilih sebagai ahli jawatankuasa perwakilan course Machine Maintenance Student Society dan memegang jawatan Biro Kebajikan perlu menyiapkan tugasan untuk jamuan raya yang akan diadakan pada malam itu juga. Tanpa pulang dahulu ke rumah dan menukar baju raya aku memilih untuk tinggal sahaja dari waktu petang sehingga tamat event berkenaan. Suhu badan yang mulan meningkat membuatkan aku berehat seketika sambil melihat persembahan pelajar. Kemudian aku menerima text dari Faiz untuk membuat meeting berkenaan tech communication English di kedai makan berhadapan dengan kolej. Aku tinggalkan sebentar jamuan raya dan menuju ke kedai makan yang diperkatakan untuk assignment seterusnya. Pada masa ini jam mula menunjukkan pukul 12 tgh malam. Pening dikepala sudah lama berdenyut-denyut. Hari aku tidak tamat sampai disini sahaja. Pukul 1230 aku tiba di Alamanda untuk menonton wayang, Jonny English kerana Jazz mendapat 12 tiket percuma dan aku salah seorang yang bertuah untuk menyertai diorang. Dengan menggunakan tiga buah kereta kami tiba di Alamanda untuk menonton wayang. Tetapi aku hanya tido sebaik sahaja cerita berkenaan bermula, sebaik sedar Mr bean dah pon menembak penjahat. Oleh kerana sudah lewat pagi dan diantara 12 orang itu terdapat 2 orang perempuan yang tidak dapat masuk semula keasrama aku terpaksa menahan mata untuk pergi makan di kedai mamak di Presint Diplomatik. Setelah selesai makan kami menuju ke dataran putrajaya untuk mencari port melepak tetapi malangnya terdapat event yang berlansung makan kami hanya berjalan-jalan dan akhirnya berhenti di station minyak Petronas di Presint 9. Dan disanalah kami melepak sehingga pukul 6 pagi. Akhirnya pulang semula ke kolej menghantar budak pompuan aku lak mengambil motor yang aku tinggalkan di surau. Akhirnya aku tiba dirumah dan melelapkan mata. Tetapi ia tidak lama kerana pukul 11 aku ada Test 1 manufacturing technology. Sakit hati bila hari sabtu ada Test. Tetapi aku berjaya untuk melangsaikan test berkenaan dan pulang ke puchong selepas azan zohor. Masih tidak tamat hari aku kerana aku mendapat jemputan ke rumah terbuka last minute oleh seorang yang masih membenci diri ini. Oleh kerana masih di bulan raya bulan bermaafan aku mengambil keputusan untuk pergi ke Sg buloh dan tersesat beberapa kali kerana tidak tahu jalan. Pada mulanya aku mengajak Shahrul Ikmal tetapi dia masih di UTP kerana terdapat aktiviti. Mata yang mengantuk dan letih aku tahan dan akhirnya sampai dirumah yang ingin dituju. ( tidak cerita apa yang berlaku di rumah terbuka berkenaan, sekadar ingatan yang dikenang di minda ini ) tetapi sesuatu yang menarik untuk dikongsi kerana kami hampir-hampir menjadi saudara. Dan perkara diatas menyebabkan aku tergelak seorang diri semasa di dalam kereta. Masih tak tamat hari memenatkan aku dan sakit yang aku alami bertambah baik mungkin disebabkan gelak dan gembira yang hadir. Perjalanan pulang aku harus terlebih dahulu mengambil beg roda yang berada di rumah sewa kerana ingin dipinjam oleh Pak Long yang ingin ke China. Dari Sg Buloh aku mengambil susur keluar ke damansara dan tersesat lagi sehinggalah berjaya melaui Puchong dan ke Bangi. Duit menjadi perkara penting masa ini kerana terdapat tol yang banyak dan minyak kereta lak kering. Diringkaskan aku ambik beg roda di rumah sewa dan pulang ke Puchong. Sesampai sahaja di puchong aku tidak pula boleh memejamkan mata dan mengambil keputusan untuk pergi menonton perlawanan bola antara Man Utd vs Stoke yang berkesudahan dengan seri 1-1. Serius sakit hati menonton perlawanan berkenaan. Akhir, akhir dan akhirnya aku dapat juga melelapkan mata pada pukul 3pagi hari ahad. Wah panjang betul jumaat dan sabtu ni. Dan cerita di atas bukan lah teliti sangat masih ada yang aku selang dan ringkaskan.

Ok, aku sambung dengan apa yang berlaku semalam, ahad 25hb, sebaik terjaga dari tidur yang pendek aku membaca pesanan ringkas yang ku terima dari Afiqah yang mengajak hadir ke rumah terbukanya di Taman Sri Puchong. Aku bersetuju untuk hadir dan mengatakan aku akan datang semasa perjalanan pulang ke Bangi. Sebaik tiba dirumahnya akulah kawan dia yang pertama sampai. Memang tak dapat lah nak berjumpa dengan kawan-kawan sekolah lama ynag lain. Dan aku pun meneruskan perjalanan pulang ke Bangi. Malam nya itu pula aku sibuk membuat skrip untuk dialog presentation tech communication English yang akan diadakan pada hari Isnin.

Isnin, iaitu hari ini, aku sedang menaip karangan ini. Presentation English aku tadi tidak berapa menjadi kerana aku tidak dapat mengawal rasa gementar. Dan tamat disitu, sekarang aku menunggu pukul 11 malam untuk pergi melihat rakan kelas bermain futsal. Aku tak dapat bermain kerana tahap kesihatan yang masih belum mengizinkan. Salam.

Sekian.

Saturday, September 17, 2011

ku harap ada yang kesah...

Kebosanan yang melanda. Dah lama aku tinggalkan blog ini mungkin dah tak larat aku nak ceritakan apa yang aku alami sepanjang bulan ini. Dimulakan dengan pemergian si dia ke Pahang sehinggalah pelbagai masalah yang timbul. Tak tau kenapa aku mudah berasa tension dengan sikap rakan-rakan serumah aku.

Aku bukan nak cari gaduh tapi bukan juga menyakit kan hati sesiapa. Kena korang susah sangat nak tolong jaga rumah tu. Emm mamang bagi korang rumah tu tempat persinggahan sahaja buat masa belaja ni. Tapi semua tu bukan yang aku rasa. Rumah itu lah tempat untuk aku mendapatkan ketenangan.

Arrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr…..

Kenapa mesti setiap kali aku rasa tension baru la aku akan menulis blog. Sedangkan aku baru nak begembira disebabkan mempunyai phone baru. Em apa korang kesahkan. Setiap kali pertengahan bulan duit aku dah abis. Boros sangat ker aku ni. Sampai nak beli phone pun nak kena buat loan ngan member. Sedangkan ada lagi yang berhutang dengan aku. Aku lansung tak menabung kalau aku ingat member. Sedangkan aku tak peroleh apa-apa pun.

Permulaan yang tak baik apa bila kita sendiri melukakan hati sahabat baik kita sendiri. Maaf Liyana Azman kerana aku tergesa-gesa masa dating open house ko tempoh hari. Memang ko cakap tak ada apa semua nya ok. Tapi aku terasa lagi apa yang aku buat tu salah. Kita saling mengalami masalah yang sama. Kadang-kadang apa yang kita harapkan mustahil untuk berlaku.

Betul kata ko hidup di hostel susah tapi lagi susah pabila kita duduk luar. Kalau dulu boleh jer nak g kelas lambat-lambat. Tetapi bukan sekarang. 2nd time aku mendapat tulisan pen merah yang tertera dengan jelas perkataan “VT” yang bermaksud very late. Semua akibat kerja last minute.

Bak kata zahin blog aku ni jiwang lebih. Nak touching leh pergi mampos la. Dah blog aku buat ni sekadar suka-suka. Tapi tak akan ada cerita kalau aku tak ada masalah. Maklumlah ada masalah baru la rajin nak taip. Em mungkin aku dah tak ada tempat untuk mengadu. Luaran yang always menunjukkan keriangan tetapi di dalam penuh dengan kesedihan. Bukan itu yang aku harapkan berlaku. Maaf pula kepada Liyana Ghazali kerana berkata sedemikian. Tetapi itulah yang aku rasakan. Mana perginya member mana perginya tempat untuk aku mengadu selain Dia yang maha esa dan kedua ibu bapa ku.

Monday, August 29, 2011


Sadness ii



Sambungan dari Sadness i….



Nak dijadikan cerita dari banyak-banyak perancangan yang tak menjadi sepanjang bula puasa ni ada satu yang dapat mengubat rasa sedih hati ini. Bermula dari satu wall post di facebook oleh Syazana Zahari yang mengajak teman lama berbuka puasa bersama aku telah menyampuk:

http://www.facebook.com/nursyazana.zahari/posts/267229699955731?cmntid=267446976600670

hasil dari perkara diatas Faiz Azhari lak yang buat post baru:


http://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=264217590272392&id=100000524602727

Maka perkaraini diambil serius oleh sebahagian oleh kami dan persetujuan dibuat untuk berjumpa di Subang Jaya SS15. Perjalanan aku hari itu bermula selepas solat jumaat pukul 330pm bertolak dari Green Villa, Bangi ke LCCT,Sepang untuk menghantar Faiz Ziaf di lapangan terbang. Oleh kerana sebelum itu aku telah dijemput oleh mama Liyana Azman untuk berbuka bersama di rumahnya aku pun ke destinasi seterusnya iaitu Nilai Impian, Nilai, Negeri Sembilan.

Perhhh!! Malu itu jer yang aku dapat gambarkan kerana pertama kali berbuka bersama keluarga member. Tapi ia adalah satu pengalaman yang menarik kerana aku dapat beborak ngan mama , nenek dan semua kelarganya la senang citer. Aku rasa gembira dapat beborak dengan neneknya kerana aku rasa seakan beborak dengan nenek yang telah tiga tahun meninggalkan alam dunia ini. Walaupun soalan yang ditanya itu berulang-ulang tapi aku tetap happy.

Bila tiba waktu berbuka lagi menarik juadah yang dihidang sangat lah pelbagai dan ada diantaranya aku tak pernah makan sebeluh ini. Kalau dikira lebih tiga pinggan makanan yang aku makan masa waktu berbuka sedangkan aku selalunya hanya makan sepinggang sahaja. Hahah. Liyana Azman jelez nak aku jadi gemuk balik la tu. Ditambah dengan telatah adik perempuan nya yang kalau dah mula bercakap macam tak nak stop itulah Lina. Dan walaupun setelah menyantap makanan yang begitu banyak terbapat satu yang baik iaitu terus solat jemaah bersama. Perkara ini memang jarang diamalkan. Aku sendiri selalunya akan solat sendiri sama ada sebelum berbuka mahupun selepas santapan berbuka. Kalau lepas berbuka tu memang selalulah dilambat-lambatkan waktu bersolat betol tak. Jangan nak tipulah nak rehat la. Terbaik la. Terima kasih Liyana Azman dan sekeluarga kerana majlis berbuka itu.

Perjalanan aku hari itu disambung pada pukul 9malam sedangkan sepatutnya waktu tu kitorang dah berjumpa mengikut perancangan dalam post la kan. Setelah puteri Liyana Azman ni bersiap agak la lama kan. Maka lambat la sikit waktu nak bertolak tu. Dan setelah bersalaman dengan seluruh keluarga Liyana kami pun bertolak ke Puchong mengikut jalan dalam iaitu melalui BBST dan Putrajaya. Sesampainya di Puchong aku kerumah Shahrul Ikmal pula untuk diangkut bersama. Dari situ kitorang ke Sunway Pyramid pula untuk menghantar Liyana berjumpa abangnya Azfar Shah.

Kesempatan menghayati kesesakan pukul lalu lintas dari depan IOI Mall sehingga Sunway kami bergelak ketawa dengan beberapa panggilan telefon pertamanya dari Wafaa Rosly yang tetiba berjaya menyakinkan keluarganya untuk keluar bersama kami. Seterusnya panggilan Nadirah Ramli @ Mia Angelica dan seterusnya Afif Haziq yang asyik digelakkan kerana dia tidak dapat menyertai kitorang disebabkan pulang ke kampung.

Akhirnya setelah dujam setengah aku hanya berada di dalam kereta kami pun sampai ke SS15, Subang tapi belum tiba di kedai yang diperkatakan Sinbad. Yang kelakarnya direction yang diberi oleh Faiz 100% fail. Dan dia terpaksa ambik kami. Lepak di Sinbad hanya sekejap kerana makanan tetiba jer leh habis. Tetiba la kan. Beralih lupa ke kedai mamak Darussalam. Disana la baru Mia Angelica, Qinal dan Azfar menyertai kitorang dan menjadikan jumlah semuanya sepuluh orang. Bergelak dengan pelbagai telatah sambil menunggu nasi lemak ayam tak sampai. Dah kenyang tu tapi nak makan lagi, maklumlah Faiz nak belanja. Tak baik tolak rezeki kan. Dari cerita Azfar short duit kedai cotton on Rm17 sehingga la melihat muka Wafa yang menahan keletihan akibat perjalanan jauh dari Johor kami pun putuskan untuk pulang.

Setelah abis bersalaman dan perempuan berpelukan kitorang pun mula berpecah. Perjalanan pulang aku masih belum tamat kerana aku akan menghantar Shahrul Ikmal dan Wafaa pulang ke Kg Sri Aman, Puchong. Waktu pulang Liyana mesti lah balik ngan abangnya Azfar. Dalam kereta masih ada cerita tentang kehidupan di Universiti masing-masing tak puas hati dengan pihak pengurusan sehinggalah aktiviti setiap semester.

Setelah Wafaa dan Shahrul selamat sampai ke rumah aku masih perlu pulang ke Bangi. Perjalanan yang selalunya sekejap menjadi lama kerana aku membawa slow akibat keletihan dan begitu banyak sekatan jalan raya yang dilakukan oleh pihak polis. Sesampai di Bangi aku masih belum boleh pulang kerumah kerana terpaksa pergi ke station minyak untuk mencari penutup tangki minyak yang tertinggal ketika mengisi minyak hendak ke LCCT. Sempat membeli roti dan sebotol air di 7-eleven walaupun jam hamper pukul 330am. Setibanya aku dirumah ingatkan leh terus lena rupanya aku menerima massage dari mama yang aku ceritakan dalam Sadness i.

Perjalanan yang mengambil masa lebih 12 jam dalam sehari menjadikan aku seorang musafir di dalam sebuah kereta. Jarak perjalanan lebih 180 km di isi dengan keriangan bersama member walaupon diri ini kurang sihat dan stress dengan apa yang berlaku.

Sunday, August 28, 2011

Sadness i

Bulan Ogos pun dah kat penghujung menunggu datang bulan September yang mengecewakan. Di mulakan puasa after seminggu bermulanya semester baru memang tak seperti yang kita fikirkan. Malas ke kelas, musim hujan , tak buka buku, cukai jalan mati, tukar tayar, duit sewa rumah tak cukup, duit habis hanya dalam dua minggu sahaja, asyik nak begaduh jer, cepat naik angin, tak suka berunding, macam-macam yang berlaku dalam bulan ni yang membuatkan aku berasa begitu serabut.

Mari kita mulakan dengan masalah antara aku dan si dia. Benda ini berlarutan walaupun aku dapat membahagi masa untuk berbuka dengan dia. Terima kasih juga la disebabkan dia mengeluarkan duit untuk berbuka di Secret Recipe. Entah disebabkan salah paham apa kali ini kami bergaduh dan bergaduh lagi. Kalau nak dikirakan masa yang dia luangkan untuk aku memang aku sendiri akan jawab “tak apa lah, dah biasa dah”. Keadaan aku menjadi lebih becelaru bila ada satu hari kitorang massage pasal kisah lalu. Dia ada tanya sejak bila masalah yang kitorang lalui ini selalu timbul. Dan aku menjawab dah lama lalu direply nya pula “masalah banyak timbul lepas yana start keja”. SALAH!!! Aku tak setuju. Masalh semua ini banyak timbul bila kitorang jarang berjumpa bermakna selepas habis nya persekolahan dan bermulanya hidup di IPT.

Dia di Banting dan aku di Bangi, memang tak jauh tapi pelbagai masalah timbul tuduh- menuduh dan sebagai nya. Aku tak pernah kesah jarak perjalanan nak pergi ke Banting asalkan aku dapat berjumpa dengan dia. Tapi semua tu macam tak dapat balasan yang setimpal, kerana aku masih hidup sendiri di Bangi. Cukup sampai disini aku pernah becerita perkara ini di post yang terdahulu. Tetapi sekarang aku nak becerita perkara yang berlaku seminggu lalu dimana semasa tu dia tak berpuasa kerana dalam tempoh bercuti. Tau la aku masa-masa begitu membuatkan seorang perempuan senang nak naik angin. Dia call aku selepas waktu berbuka di mana dia mengadu pasal rakan sekerja dia. Susah untuk aku terangkan. Tetapi apa yang aku paham cam ni la cerita dia – ‘ (tak saper 2 mamat yang kerja sama tu lantak dia aku x kenal nama) menuduh macam yana dia makwa dia n then yana pon mengamuk n yana kata dia g la sepak dak ni’. Dah menjadi diri aku yang suka peril orang aku cakap emmm pakwe la tu nak manja-manja. Dengan tak semena-mena aku lak yang di marah. Apasalah aku peril jer kot. Ahh tension tol la. Tak kan setiap kali dia bercuti lampu merah aku yang akan kena tempias marahnye. Sejak munggu lepas la pabila dia text o miscall aku betul-betul rasa tak ada mood nak reply apa yang kerap aku balas “emm” , “emm” dan “emm”. Sorry yana.

Tetapi cuba bayangkan apa yang terjadi di atas pada aku kalau lah perkara itu terjadi maksudnya dia memang la rapat dengan Mamat 1 ni kalau tak la, tak akan lah si Mamat 2 ni nak tujukan bahawa dia tu awek si Mamat 1… pening sikit ayat di atas ni. Emm tah la kalau perkara macam ini dia masih nak nafikan macam mana pula bila di Pahang nanti. Congratulation!! Dia akan menyambung pelajaran di Universiti Malaysia Pahang yang dikatakan jarak dari Selangor hanya sejam lebih. 4hb September 2011 dia akan bertolak ke sana bagi sesi pendaftaran pelajar baru. Cukup la sampai di sini cerita pasal si dia lagi pon dia dah off fon. Sehingga kini dia masih sibuk, sibuk dan sibuk sedangkan tinggal dua hari sahaja dia bekerja. Adakah aku jer yang beria-ia dan aku jugakah yang salah. Dan semua ni aku tak nak pemohonan maaf yang aku dapat kerana maaf yang selalu dilafazkan dah macam tak ada makna hanya untuk benda- benda kecil tu boleh la. Tapi apa yang boleh dilakukan selain minta maaf. Ahh!!

Seterusnya aku nak teruskan cerita tentang masalah peribadi aku, oleh kerana dia (yana) tak pernah nak tanya dan sekarang aku akan ceritakan. Perkara ini berlaku beberapa hari lepas setelah aku balik dari Subang (nanti aku akan cerita). Sesudah aku sampai di Bangi aku dapat satu massage dari mama,

“salam, mama n ayah bengang susah hati pasal arif. Masih tak balik dah pukul 3am.

Mama call tak dapat, sms tak balas. Hari tu dia bohong dia kata cuti sekolah,

tapi bila ayah call sekolah, sebenarnya sekolah. Dia dah pandai bohong kat mama dan ayah.

Mama sedih sangat. Asyraf balik sini bila?...”

Menitis air mata aku mengenangkan apa yang berlaku, hancur hati aku bila mama kata mama sedih aku jadi macam seorang abang yang lansung tak berguna. Dan terkenang peristiwa lalu yang telah aku lalui. Macam –macam kenangan silam yang bermain di kotak fikiran aku bertambah sedih perasaan ini. Dari perasaan letih aku terus jadi stress dan tekanan pening dan sebagainya. Selsema dan demam yang tak baik ini menyebabkan aku mencapai jer ubat-ubat n pil yang ada pil selsema athma semua aku telan sebagai santapan sahur aku hari itu. Aku tak lalu nak bercerita pasal ini lagi aku sendiri akan rasa sedih.

Bersambung……..

Saturday, August 27, 2011

Rasa macam banyak benda nak cerita tapi esok la

Friday, August 12, 2011

3rd Anniversary!! :)

Sambungan…

Secara sedar mahupun tidak sekarang hubungan kami iaitu aku dan Liyana Ghazali telah menjangkau usia tiga tahun. Mungkin sahaja ia suatu jangka masa yang sekejap tetapi bagi aku ia begitu bermakna.

Kalau nak diceritakan tentang pergaduhan dah terlampau banyak. Tapi ia suatu kenangan yang manis kerana bermula dari pergaduhan jugalah hubungan ini tercipta. Tetapi mungkin susah untuk dia mengalah untuk sesuatu perkara. Dan aku tak kisah kerana aku tak suka tertekan akibat pergaduhan yang berlaku. Pelbagai perkara boleh diungkit dalam hubungan kami.

Terkenang beberapa peristiwa lama di zaman persekolahan di mana surat menjadi bahan untuk kami terus berhubung. Dan setiap kali membaca surat itu ia seperti melihat budak sekolah yang menulisnya. Hahahhahaha. Sory. Dan di mana 11 Ogos menjadi detik besejarah dalam hubungan kami bergelar kekasih. Ia bermula dari hubungan kami yang tidak menjadi pada masa sebelumnya.

Aku berharap hubungan ini berada dalam keadaan baik dan semoga ibunya memaafkan aku. Dan mungkin sahaja apa yang aku perkatakan di atas tidak menyenangkan dia dan aku susun sepuluh jari meminta maaf.

Yap sayang yana.

Sekian.

AsYana

Setelah.....

Rasa macam-macam yang nak aku taip dalam ni disebabkan telah terlampau lama tak update blog ni. Dengan pelbagai kejadian yang berlaku dan pelbagai ragam sehari harian dalam kehidupan aku ini. Walaupun pada kebiasaannya aku telah menaip dahulu artikel ini ni word tetapi oleh kerana tidak mengupload ke blog maka aku telah terlupa setiap susunannya.

Tak mungkin aku begitu rajin menaip balik semua cerita yang berlaku. Dan mungkin sahaja ini kesimpulan daripada apa yang telah aku alami selama ini. Bermula pada minggu aku ke Bentong menjalani latihan menjadi seorang fasi disambung ke minggu silaturrahim dan seterusnya memulakan pengajian di semester yang ke-3 sehingga sekarang aku telah berada di minggu yang ke-3. Semuanya telah berlaku lebih dari sebulan.

Mungkin begitu banyak benda yang ingin dikongsi. Tetapi mungkin ianya terbatas. Sesuatu yang baru aku pelajari adalah percaya kepada diri sendiri. Mungkin perkara ini cakap jer senang la. Cuba buat tengok!! Tapi itu lah yang berlaku. Dan setiap perkara yang berlaku aku dapat rasakan ianya seperti suatu mimpi yang aku alami. Begitu serupa seperti didalam mimpi walaupun agak kabur.

Banyak benda yang aku tak yakin sebelum ini telah aku lakukan. Daripada berdiri di khalayak ramai sehinggalah memberi ucapan. Dan ini semua tak akan berlaku jika tak mendapat pertolongan dari senior yang sentiasa memberi teguran yang baik untuk aku terima pakai. Cara pergaulan aku juga dah semakin berbeza kalau dulu lebih kerap aku bahasakan diri sebagai aku-kau, aku-kau. Tetapi sekarang aku lebih baik membahasakan diri saya-awak,saya-awak. Ayat-ayat yang aku rasakan seperti skema suatu ketika dahulu.

Sekarang aku telah mengenali ramai orang yang mempunyai perwatakan yang tersendiri. Aku rasakan ia sebagai sesuatu yang menarik kerana ia melatih untuk aku berubah menjadi seorang ketua. Perkara rumit timbul apabila ia tak semudah apa yang difikirkan. Setelah tiga minggu si semester yang baru aku gagal untuk mempersiapkan diri sebelum ke kelas. Lagi-lagi semenjak duduk di rumah sewa ini. Pelbagai tugasan yang gagal aku laksanankan dengan baik. Aku gagal sebagai pengerusi kelab rugby. Dan tahun ini ketua course bertukar tangan.

Gagal tak bermakna aku telah mengalah kerana aku mendapat satu inspirasi baru dalam hidup ini setelah mendengar pengalaman beberapa orang pensyarah. Aku ingin berusaha melanjutkan pelajaran ke France semasa degree nanti. Melalui Skim Pelajar Cemerlang mahupun Skim Tindikan Tenaga Pelajar aku ingin mendapatkannya. Semoga segala yang aku hajati ini menjadi kenyataan. Dan semoga aku dapat melatih lagi ciri-ciri kepimpinan dalam diri ini. Dan semoga berjaya sebagai seorang khalifah dan menjadi orang.

Friday, July 15, 2011

Dah cukup kot~~

Dah lebih seminggu aku melarikan diri dengan pergi ke Bentong,Pahang. Disamping menjalani TOT OC disana banyak perkara yang aku timba. Tetapi masalah aku dan dia masih tiada penhujungnya. Dusun Eco Resort merupakan tempat penginapan selama aku disana. Oleh kerana ia berada di kawasan gunung dan hutan tebal maka memang sukar sekali untuk mendapatkan line untuk telefon. Ini sekaligus membuatkan aku tidak menghubunginya selama berada di sana.

Aku rasa tak ada apa yang perlu dirisaukan tentang si dia. Dia tidak lagi memerlukan aku. Mungkin perasaan rindu itu hanya hadir sekali sekala di dalam dirinya. Entahlah. Makin lama perkara ini tidak diselesaikan mungkin aku akan selalu makan hati sahaja. Apa yang nak dikesahkan. Dia gembira jer. Boleh jer tengok wayang dua filem dalam satu hari, sampai tak ada masa nak hantar walau satu SMS pon. Entah la. Dan hari ini lak dia off fon. Hari dimana result permohonan UPU dikeluarkan. Tak guna aku rasa sedih pon waktu ini. Mungkin aku tak kuat untuk menyatakan bahawa cukup sampai disini sahajalah hubungan kita.

Arrrrrrrrrrr….. sakit nyer hati. Boleh tak saya nak nangis kejap.?

Perlukah aku menulis semua ini.

Semua cerita perasaan aku terhadapnya.

Adakah ini penghujung hubungan yang tercipta selama tiga tahun.

Salam dan selamat tinggal kepada kegembiraan yang pernah lahir selama ini.!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Friday, July 8, 2011

Cerita tentang Hati

Sahaja untuk berkongsi gambar...
credit to Basmarizal coz aku copy benda ni kat fb dia jer..

Movie time

Seperti biasa aku tak tau macam mana nak memulakan sesebuah cerita. Jam menunjukkan pukul 315pagi. Orang kat luar tengah sibuk jam disebabkan bersih. Dan aku masih sibuk dengan kekacauwan jiwa ini.

Pagi tadi aku ada menghantar pesanan ringkas menanyakan apakah status aku dan dia. Tak berjawab. Then tadi dia ada cakap bahawasanya aku ialah bf dia. Dan apa yang aku balas seterusnya adalah just bf that not have different with others. Pastu telefon bimbit ku mati kehabisan beteri. Cukup pasal si dia. Mendengar suaranya bagai tiada sebarang perubahan. Masih sama dan aku pula masih asyik meminta maaf. Dia dengan kerja sehari-harian di Toys r us dan aku pula bersenang lenang dengan pelbagai perkara. Hanya ajak sahaja aku keluar aku akan keluar juga. Tak kira siapa. Asal boleh jer aku akan keluar lepak di luar.

Aktiviti aku berseorangan pula adalah menonton wayang. Rabu lepas aku pergi menonton Green Lantern. Baru sebentar tadi pula aku menonton Sekali Lagi. Macam pelik jer tengok cerita romantic sorang-sorang. Tapi itu la hakikatnya bila diri ini rasa tak diperlukan. Kenapa aku tidak jadi seperti Arman. Walaupun hidup dalan kesakitan tapi sebenarnya sakit itu yang membuatkan dia selalu happy dan riang.

Dan esok pagi aku akan menyaksiakan Transfomers 3 selepas gagal sebanyak dua kali untuk menonton disebabkan sold out. Esok aku akan pulang semula ke Bangi seterusnya ke Pahang untuk latihan selama empat hari sebagai fasi.

Sunday, July 3, 2011

still cerita sama... bosan

Letih melayan cerita One Piece berturut-turut. Naik ngatuk jadinya. Salah satu cerita katon anime yang dapat membuatkan aku ketawa selain dari cerita Bleach. Berhari minggu hanya dirumah dengan sibuk mengemas rak-rak dan almari baru. Menyusun pelbagai jenis buku tetapi kebanyakkan nyer adalah novel graphic dari Gempak Starz.

Selain itu aku menjadi driver untuk nenek dan atuk setiap kali mereka nak keluar rumah. Biasa la cucu yang baik. Terlebih sudah cucu lelaki pertama ni. Mungkin sedikit sebanyak ini dapat menengangkan aku daripada mengingati perkara yang berlaku minggu ini. Maaf sahaja yang mampu aku katakana pada Liyana G kerana sikap aku. Fikiran aku masih terganggu dengan pelbagai persoalan yang terlintas setiap kali mengingati dirinya.

Aku secara jujurnya tak rela blog ini dibaca oleh dia kerana aku rasa malu dengan sikap aku sendiri. Kenapa kitaorang tak dapat berkongsi masalah? Bukan aku sahaja yang memendam perasaan, malah dia pun sama. Bila dah tak dapat tahan perasaan mula la naik minyak. Rasa nak berlawan jer setiapa kali masalah timbul. Aku tak salahkan dia jika dia melawan setiap apa yang aku kata. Dia ada jawapan dia sendiri untuk setiap apa yang dia buat.

Itu semua apa yang aku rasa la. Tapi setiapa apa yang aku buat serba tak kena. Aku rasa takut sangat apabila mengingati mimpi yang sering hadir berulang-ulang setiap kali aku melelapkan mata. Bagaimana pon aku mesti meneruskan hidup ini.

Entah bagaimana semalam aku boleh pergi ke Pantai Kelanang, Banting. Merupakan tempat aku dan Liyana akan melepak jika aku membawa dia keluar outing semasa di matrik. Bila tengok tempat tu membuatkan aku rasa gembira dan tenang walaupun pandangan kawasan yang tidak begitu mengasyikkan. Dapat la aku lelapkan mata buat seketika sebelum pulang ke rumah……….

Friday, July 1, 2011

Seindah hati kita walau kita akan terpisah

Aku tak rasa nak tulis pasal dia lagi kerana macam tak ada faedah kalau aku cuba berbaik tetapi sebaliknya bagi dia. Tetapi thanks kepada dia kerana miskol malam tadi walaupon miskol sekurang-kurangnya aku tau bahawa masa ada lagi no telefon aku dalam handphone dia. Tah la, hari-hari yang aku lalui makin bosan. Setiap kali aku tidur mesti akan mimpi perkara yang bukan-bukan. Kadang-kadang tu mimpi yang sama aku pon tak paham.

Kalau dulu aku akan berkongsi facebook dengan si dia tetapi td aku telah menukar semula password asal. Tah la. Cukup la untuk bahagian dia.

Aku masih mempunyai hari-hari yang harus aku lalui sendiri. Kenapa aku harus terus berharap dia akan berbaik macam dulu. Tapi……

Arrrrrrrgggggggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Aku tak dapat berhenti memikirkan dia. Knp aku nak tanya salam pon dia cakap macam aku ni nak cari gaduh. The end.

Sebagai penutup marilah kita berhibur sambil menghayati lirik lagu Sebiru Hari Ini. Merupakan lagu tema untuk OC MSR JULY 2011 yang aku akan sertai minggu depan. Latihan yang diadakan di Bentong,Pahang selama 4 hari.

SEBIRU HARI INI

Sebiru hari ini, birunya bagai langit terang benderang

Sebiru hati kita, bersama di sini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga

Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

reff:

Bukankah hati kita telah lama menyatu

Dalam tali kisah persahabatan ilahi

Pegang erat tangan kita terakhir kalinya

Hapus air mata meski kita kan terpisah

Selamat jalan teman

Tetaplah berjuang

Semoga kita bertemu kembali

Kenang masa indah kita

Sebiru hari ini

Seindah hari ini, indahnya bak permadani taman surga

Seindah hati kita, walau kita kan terpisah

Thursday, June 30, 2011

Kenapa ia jadi begini?




Macam-macam yang aku terfikir semasa pulang ke Bangi tadi. Tak tau kenapa semenjak kejadian hari tu aku selalu mengalami mimpi buruk. Kebanyakkan nyer pelik-pelik. Kalau nak ikot petua sebelum tido basuh kaki memang tak buat la. Tak tau la. Nak bwak motor pon rasa tak ada mood. Kenapa la benda macam ni boleh berlaku.

Aku rasa macam tak ada apa-apa perubahan lansung setelah ia nyer terjadi. Dia cam biasa jer dengan “tunang” dia tu. Still tak ada sebarang text pesanan ringkas dari dia. Maklumlah tak ada duit nak top up. Telefon rumah pon dah kena potong rasanya. Cuma line internet jer yang terlupa nak potong. Tak per la bak kata dia “quite” tak pon kita mesti la “just continue sabar-sabar” tak pon “sabar g sabah la”. Wat apa la kita nak bersedih dengan sejarah yang berlaku. Sejarah hanya akan menjadi cerita yang diungkit-ungkit. Biarlah aku mengalah untuk apa yang telah berlaku dari aku terus-menerus keruhkan keadaan.


Lagi pon semua yang aku buat akan menjadi salah. Dia ada kawan yang percaya bahawa dia seorang baik dan itu aku tak nafikan dan pada pendangan rakan-rakan dia jugalah aku yang paling jahat. Dia ada kawan-kawan dia. Kenapa dia nak marah kalau apa yang dia buat tu betul. Kenapa tak tegur kesilapan yang telah aku lakukan? Kenapa aku tak boleh rasa yang dia masih memerlukan aku? Mana perginya kenangan silam yang bahagia. Mana perginya kata-kata manis dua tahun dulu. Kenapa keadaan sekarang tak sama macam tulisan surat yang ditulis oleh dia diwaktu bersekolah dulu?

Kenapa setiap apa yang aku buat semua kena kat aku balik? Dan kenapa kisah silam aku akan diungkit setiapkali berlakunya benda macam ni? Kenapa aku tak pernah tau kisah silam dia? Tak yah kata kisah silam la kan. Result matrik dia pon aku tak pernah tau. Jenny what the problem tetiba lak dengar lagu ni.


Kalau dia ada kawan-kawan yang dia boleh bergelak sama, kenapa tidak aku? Ataupun dia nak balas apa yang aku telah buat. Padan muka aku. Tapi taka pa kalau ada kawan dia yang selalu support dia sama gak dengan aku. Oleh itu aku nak beterima kasi kat korang yang telah belanja aku makan roti john semalam kat Putrajaya. Thanks sebab sudi teman aku keluar menyaksikan cahaya dari kat jambatan Putrajaya tu sampai tak tau macam mana kita leh pergi sampai i-city lak kan.

Cukup lah sampai kat sini buat masa ni. Dah tiga artikel aku tulis pasal kejadian lepas. Tapi tak guna gak apa yang aku buat adalah untuk berbaik tetapi dipandang sebaliknya. Hina sangat aku ni. Mungkin Si Jahat akan bertukar jadi Pencacai agaknya. Tolong lah.

Wednesday, June 29, 2011

Si Jahat is my name.


Jarang aku menaip waktu pagi. Setelah minum segelas cawan milo perut baru rasa berisa dan mata berasa terbeliak untuk menaip. Secawan milo yang disediakan oleh seorang nenek yang telah menjadi kegemaran aku sejak kecil sehingga la sekarang. Tapi tidak pernah aku ucapkan terima kasih untuk secawan milo itu.

Ok lah cukup sampai secawan milo. Sekarang gelar aku Si Giler Punya Org ataupun Si Jahat. Mungkin ini lebih baik daripada aku yang berpura-pura agaknyer. Mungkin itulah apa yang sesetengah orang beranggapan tentang diri aku.

Memang semua yang berlaku salah aku, dan aku yang mula kan semua ni. Yer molek sekiranya aku yang bersalah daripada dia yang terbaik. Dan aku tak pernah sesiapa pon baca semua benda yang aku taip. Tanpa memikirkan apa-apa Si Jahat telah meletakkan link blog ni di wall post. Keseimbangan akal fikiran yang dah tak tau nak buat apa ditambah pula kewarasan akal yang terganggu mengakibatkan semua benda itu berlaku. Apa ada kesah Si Jahat nak buat apa.

Lagi pon apa yang Si Jahat buat mesti kena balik kat Si Jahat. Itu lah apa yang terjadi. Apabila diri diabaikan apa saja mungkin. Si Jahat nip on bangan sangat pahal. Nama pun Jahat mesti la kena kat diri balik. Tak payah nak pening-pening sangat lar kan. Bila Si Jahat minta maaf di akhir perenggang mungkin tulisan itu di hide kan agaknya. Lagi pon apa yang Si Jahat buat mana mungkin di maafkan.

Because of you. Apahal lak ni tetiba speaking bukan apa. Si Jahat ngah dengan lagu Kelly Clarkson ni. Mak ai, jiwang sangat pahal, tak sengaja tetiba lak lagu ni yang di shuffle then play.

Laaaa… ni saper lak yang salah ni. Dia cakap dia wat salah. Mana mungkin. Mustahil jer. Dia wat salah cam tak caya lak. Yang salah tu Si Jahat jer la dia tak salah lansung. Tengok Si Jahat tak msg 3 o 4 hari lepas bergaduh. Jahat tak??? Ha… mesti la jahat.. nama pon Jahat… untung la aku tak text tiga atau empat hari jer. Yang dia tu ada ker nak text aku. La dia bukan tau pon Si Jahat buat apa. Si Jahat makan tido makan tido jerk at Bangi tu pastu tetiba terus pergi lawan rugby. Ha power kan Si Jahat ni. Tak yah training pon. Kulit pon tak jadi gelap macam ni. Wah. Mungkin ada cat hitam yang tumpah agaknya.

Untung lar. Mungkin dia tak sedar semua yang tertulis tu semua selepas dia yang buat. Patut di beri pengajaran jer Si Jahat ni. Dan semua kawan dia nampak orang yang besalah dan jahat dalam masalah ini adalah Si Jahat. Ala nama pun jahat.

Bagus la kalau itu yang dirasakan oleh mereka sebab maksudnya kawan-kawan dia masih menyebelahi dia. Kalau menyebelahi Si Jahat ni nanti jadi Si Jahat n the geng lak kan.

Kalau Si Jahat minta maaf lagi pon tak guna sebab dia akan baca yang tak baik. Mungkin computer dia akan hide perkataan maaf yang ditaip ni kan. Leh la hantar g format tu. Sudah Si Jahat katakan benda ni tak kan ke mana. Bila seorang tu cakap buruk tentang seorang lagi dia akan terus-menerus mencari kesalah orang t lagi. Yer salah Si Jahat sebab masih berhubung dengan ex-Si Jahat. Cukup la malas Si Jahat nak cerita apa yang dia tulis. Nanti lagi banyak Si Jahat taip maka lagi banyak la yang Si Jahat kena. Tak guna sebab dia ibarat cermin yang suka memantul.

Cukup la mana ada dalam sesuatu hubungan tanpa sebarang pergaduhan tol x? btol.. btol.. semoga apa yang jadi hari ini tak mungkin berulang sebab selepas ini mung Si Jahat akan menjadi Si Kejam. Rasanya pasni Si Jahat akan terus dengan perangainya sesuka hati meng”ignore” dia. Sebab apa yang Si Jahat buat hanya buruk yang dia nampak. Jadi lebih baik Si Jahat berdiam diri. Tengok keadaan sampai bila dia baru akan text Si Jahat ni pon jadi la. Dan bila lagi si jahat akan menerima perkataan miss u didalam inbox ni.

Dah tak tau nak tai papa lagi asyik ada jer perkataan yang salah. Letih Si Jahat nak cek benda ni. Sampai tetaip lirik lagu dah ni. Kepada sesiapa yang komen wall post dia terima kasih sebab masih yang ada care pasal dia dan dengan itu gak la kejahatan Si Jahat terserlah. Ditambah pula Si Jahat ni buta hati tak nampak dan tak ada perasaan. Terima kasih. Suka di ingatkan benda ni tak ada saper pon suro baca.

Tuesday, June 28, 2011

Liputan perang besar!!!




Dari mana aku nak mula pon aku tak pasti. Sakit hati membuatkan minda aku kacau giler masa ni. Sakit hati, sakit hati dan sakit hati!!! Sakai bodoh bangang semua utk aku. Apa yg sial semua aku la tu. Kenapa la masa-masa macam ni aku leh jumpa benda cam tu.


Dia nak cakap apa? Nak ckp tu la yg dia rasa kalau aku tinggalkan dia. F*** la. Ingat aku ni apa tunggul. Ingat aku ni hidup makan tido makan tido jer ker. Damn bodoh la klo aku ingat dia ada kesah o risau pasal aku.

…..

Aku dah tak ada mood nak menaip benda ni. Rasa nak campak jer laptop ni. Bangang gila mungkin hari ni hari untuk aku mencarut agaknyer. Yer apa yg terjadi semua salah aku. Bagus kan. Picture 1.

“Xada masa , haha, mlas la”

Sedap aku baca benda ni. Klo dah lupa kat aku pon x payah la nak ckp sampai cam ni. Malas. Bangang tak. Nak kena aku msg dulu baru nak rply ker. Untung lar klo ada nak rply. Jawapan yg aku akan dapat ada lah “tunggu la nanti top up baru msg k” apa tu. Baik block jer la fb aku tu. Org lain easy2 jer nak im kan.

Yes memang aku bawa diri, aku balik bangi dan xnak ada kat puchong. Aku cuba sibuk kan diri untuk lupakan semua masalh yang jadi. Tp sekarang ada lak masalah baru. Aku x kesah pon kalo nak kawan ngan laki lain kawan la. Coz aku banyak gak kawan pompuan. Xkan aku nak sekat benda tu kot. Tp saper x naik minyak kalo dpt baca benda macam ni. Yg x leh blah tu x ada masa. Mak ai. Sabar g sabah la. Masa aku kat puchong citer letop jer kata balik kerja penat kadang2 balik kerja terus tido x mandi lu. Wah hebat. Tp sekarang free jer. Tido lambat pon no hal la. Bak datang la. Siap tulis tu “ start talking … so I x tido” wah. Untung larr.

Aku suka tegor, “on9 tapi x tegor pon”. Last2 nant aku akan terima balik “ apa yang yap merepek ni” bagus la hidup macam ni. Aku suka sangat. Mana ada sakit hati, happy jer aku skrg ni, mana nak mencarut pon.

….

Selang ke picture 4. Kalau orang lain dia akan cakap

“ dun be too sensitive la pak cik”

Seronok kalau dia jaga hati aku cam tu. Baik jer kan. X mau kasar2. Sensitive sikit then ada yang cool down kan. Wah nak meletop lak aku. Per pecah otak aku. Cukup la next.

…..

Picture 5

“ serious???, dats bad”

Sejauh mana “bad” nyer benda tu. Try tgok kat diri sendiri cukup la, kerja wah bukan main. Sehari untung la klo aku dapat ber”msg” 5 minit. Untung la. Ni just sekali dua tup tup. Sory sory mlm tadi tertido. Wah. Kusyuk n lena btol tido kan. Tak pon kedit x da. Nak tunggu sampai sekarang baru nak top up. Mmg x la. Simpan jer la. Maxis skrg hanya jual topup rm1000 jer kot. Penat nak kumpul duit baru leh top up. Agaknyer mana la aku jumpa topup rm 3 yer. Aaaaaa semputtttt…….

…..

Picture 6

T : I see other couple macam best jer

L : no la

T : blah……

L : x best!!!

Mungkin dah cukup agaknyer. Dah ada tarikh luput agaknya pada couple aku. Klo couple x best maksudnya its done. Tammat. The end. Finish. Malas nak sambung lagi. Sakit tangan aku taip tp bukan dipedulikan.

…..

Picture 7

“tp at least u dapat jumpa dia lately, me???, ntah la, I dunno”

Wah selama ni cam pernah jer bawak aku kuar, dtg jumpa aku. Semua nak kena aku yg usahakan baru leh jumpa. Bagus la tu. Mmg pas ni jgn harap la.. mmg x la. Itu pon klo ada lg selepas ni.

…..

Picture 8

T : I pulak yang kena mintak maaf

L : laaa… mcm 2??

Nak macam mana lg. dah klo salah tu semua aku yang start. Aku la yg kena minta maaf. Dia budak baik. Pandai jaga hati aku agaknyer. So aku jer la yang kena minta maaf. Pi mai pi mai tang tu la gak.argghhhh. sakit dada aku siot.

…..

Picture 9

“nant saya buat awk gelak keh”

Wah bahagia. Dgn org lain always nak buat diorg epy dan bergelak bersama. Wah. Ahahhahahhahahahhaha… lawak2 msg ni macam siallllllll jer.

…..

Last picture

U2 t8

La salah ker nak ucap u too. Dah nak tido kena la ada penutupkan. Lain la klo msg seminit dua jer. Giler apa msg seminit dua terus say bye. Mana ada org cam tu. Tol x? merepek jer aku ni.

…..

Mungkin aku ngah bermimpi taip benda ni agaknyer. Mana mungkin seorang yang memendam perasaan akan jadi sebegini. Sakai la aku ni knp la aku stress sangat. La mungkin dia nak belakon jer kot. Hak tui la. Tah la cukup la semua ini. Ini mungkin mimpi yang jadi kenyataan agaknyer. Maaf kerana aku telah mencacatkan blog ni dengan pelbagai carutan.

Yes. Semua yang terjadi adalah salah aku dan tak ada kena mengena antara yang hidup atau mati. Lg pon lantak aku nak taip apa. aku dah maafkan dia walau apa pon apa sahaja yg dia kata dan sama ada dia terima aku ker x. dan aku x nak hanya dengan maaf benda ni akan selesai. then benda ini mungkin akan berulang kembali. cukup la. ini bukan seperti yang aku fikirkan.

tolong la .. hanya aku yang salah dlm semua perkara dan maafkan aku kalau ada benda yang aku wat salah kat korang semua. cukup la cukup. done. ni serious bukan macam yang aku harapkan.

BILA JADI PAKAR KAUNSELING X TENGOK DIRI SENDIRI!!!!



CLICK PIC 2 MAKE IT LARGE










Tuesday, June 14, 2011

Memang tak la...


Tak sangka dah lebih 50 benda aku post kat blog ini. Banyak juga perkara yang boleh diceritakan disini. Mungkin kebanyakkan daripadanya memang membosankan. Tapi ni aku nyer blog. Tak ada siapa suro korang baca pon. Hahahah. Kepenatan yang melanda diri mengakibatkan aku selalu tak mempunyai idea yang menarik untuk ditulis. Memang tak la. Nak ceritakan pasal filem KL Gangster pon tak sempat lansungkan. Yang pasti adalah ia memang sebuah filem aksi Malaysia yang paling menarik pernah aku tonton di wayang. Walaupon ganas still 1Malaysia ma.



Banyak ayat-ayat atau dialog dalam cerita tu digunakan sebagai suka-suka. Tetapi ramai yang pertikaikan watak shark yang dilakonkan oleh shamsul yusof. Dia tak Nampak begitu jahat. Seorang gangster yang langsung tak cool. Gopoh gila masa nak buat kerja. Mungkin dia sesuai jadi pengarah tetapi bukan seorang gangster. Itu pun daripada pandangan rakan-rakan aku la. Komen jer kan salah ker? Watak Fadhil lak yang dilakonkan oleh zizan memang terbaik. Watak sampingan yang memberikan cerita ganas ini mempunyai komedi yang tersendiri.”Bagi jer dia KL” hahahha Tetapi yang terbaik sekali adalah Malek boleh kira berapa kali jer dia kena penumbuk dan setiap kali dia nak kalahkan orang dia akan melakukan aksi sama gabungan IP Man dan Tony Jaa. Hahah.

Bad mood




Aku agak malas sejak bermulanya latihan minggu ni. Rasa macam ada banyak jer masalah yang makin lama dibiarkan makin merebak. Tak tau la cam mana nak cakap, yang pasti buat masa ni memang aku tak ada mood nak main. Sakit satu badan pon tak baik lagi.

Petang tadi sepatutnya kitorang mengenakan kapten iaitu Melak kerana menyambut hari kelahirannya. Tetapi sudah terlepas sebulan yang lepas. Dengan tak semena-mena kitorang semua kena marah dengan dia. Semua terus down nak sambung main. Cukup la asyik cakap pasal rugby. Tak rugby mesti pasal Liyana. Tu jer la cerita minggu ni.




Mari kita semua keluar dari topic sikit. Ada sesiapa yang kenal Fatin Farhanah?. Secara jujurnya sekarang kami merupakan kawan dengan berbekalkan satu peristiwa lama. Sekarang dia mengalami masalah yang bukan biasa kita dengar. Mungkin salah aku ceritakan masalah dia kat sini. Jadi biar lah sebahagian besar masalah pasal dia aku rahsiakan. Masalah berkaitan seorang kawan lelaki atau pun seseorang yang begitu rapat dengan dia. Sepatutnya si lelaki mungkin menjadi kekasih dia tetapi masalah timbul apabila ayah si lelaki melarang dia menyambung pelajaran di UITM Penang semata-mata kerana keputusan peperiksaan lepas tidak mendapat anugerah dekan. 3.3 pun ok la kan. Banyak la gak tu. Tah la, aku hanya boleh berkongsi cerita sampai disini sahaja.



Sepatutnya malam ini aku dah berjanji akan call dia. Tapi sampai sekarang masih tiada panggilan aku yang dijawab. Mungkin dia masih bersedih dengan apa yang dialaminya. Semoga sesiapa yang kenal dengan dia dapat member semangat supaya tidak ada sebarang benda buruk yang dia akan lakukan. Biasalah orang yang mengalami masalah selalunya akan hilang pertimbangan dalam membuat keputusan. Kita sebagai kawan seharusnya memberi dorongan dan semangat kepada dia.

P/s: Ana, semoga apa yang berlaku tidak melemahkan semangat Ana dalam pelajaran. Mungkin dia senang lupakan Ana tetapi ramai lagi yang ambik berat tentang diri Ana. Kuat kan semangat dan jaga diri terlebih dahulu.

Monday, June 13, 2011

Beep.. beep.. beep




Sebentar lagi aku bersama-sama rakan sepasukan akan pergi menyaksikan wayang menonton cerita KL Gangster. Oleh kerana ramai yang kata filem ni best jadi peluang malam ni berkumpul beramai-ramai menyaksikan wayang di Alamanda. Tiga jari aku sudah membengkak oleh itu aku perlu banyak berehat.

Sebelum mula latihan tadi kitorang menjalani “Beep Test”. Pertama kali menjalani ujian kecerdasan. Memang tak agak la kerana aku dapat membuat 6.1. selepas ini aku akan cuba naik kan lagi mata tu kerana dalam pasukan mata paling tinggi adalah 8.3. mungkin berpunca dari rehat Sabtu dan Ahad jadi semua belum bersedia. Setakat ini dulu malam nanti aku akan cuba wat new post dan beri komen pasal filem KL Gangster harap-harap tak tertidur dalam panggung sudah.

Sunday, June 12, 2011

Dream


Kerana sudah terbiasa bangun awal pagi ini lah jadinya. Dah tak tau nak buat apa. Sesudah ketandas aku terpacak jer la depan computer sebelum latihan rugby untuk hari ini bermula. Apa yang membuatkan aku bangun awal la agaknya?.

Yang pertama mungkin sebab mimpi tadi. Mimpi tentang sekolah lama. Mimpi tu seperti sudah berulang beberapa kali. Mungkin ingatan aku pudar pasal mimpi itu. Tetapi yang pasti dalam mimpi tu aku tidur sebilik dengan seorang kawan (nama dirahsiakan) diatas sebuah katil double decker. Aku tidur di bawah dan dia tidur diatas. Suasana pada masa itu seperti sedang menjalani kem. Aku terkejut dengan satu pengumuman sedangkan kawan aku tu sedap jer tidur. Macam-macam yang aku terfikir samada nak beritahu dia ataupun tidak. Dengan menggunakan jari aku menulis pada papan kayu sambil aku berbaring.

Setelah aku mengambil keputusan untuk mengujutkan dia aku bangun berdiri pada tangga di kaki katil. Kaku aku melihat si dia yang sedang tidur. Sedang aku kusyuk menongkat dagu melihat si dia tidur, aku terkejut apabila dia menyergah aku. Kemudian aku memberitahu perkara yang ku dengar tadi. Dia dengan selamba hanya menurunkan tilam kebawah dan sambung tidur.

Sekian sahaja cerita untuk pagi ni. Mimpi ni mungkin semua nya tak logic tapi ada juga mimpi yang benar-benar berlaku. Dan yang paling penting ni mimpi aku bukan mimpi korang dan aku tak pernah pon suro korang baca. Haha.

Hobi

Esok punya cerita adalah latihan rugby minggu kedua. Kesihatan mula mengganggu tumpuan. Selsema batuk dan semput semua dah mula. Sekarang berada di hostel blok C asrama MFI. Lepak secara seorang diri berasingan dengan bilik member-member yang lain. Tadi dah mula rasa mengantuk tetapi sekarang mata masih celik lagi.

Selalunya korang suka bawak kereta atau duduk sebagai penumpang? Tak ada kaitan dengan perenggan pendahuluan pun kan. Otak aku dah pening disebabkan ubat yang baru ditelan tadi. Bagi aku apa yang paling best ialah memandu sesebuah kereta itu sendiri daripada menjadi penumpang. Dan apa yang menambah ia menjadi lebih menarik ialah memandu seorang dia. Dengan hanya berbekalkan suara dari peti suara radio ia sudah cukup sempurna bagi aku.



Kadang-kadang tu macam-macam kita boleh terfikir. Hayalan atau mengelamun ni memang salah kalau kita sedang memandu kerana ia boleh menyebabkan kemalangan. Tapi itu lah yang menjadi hobi aku. Bawak kereta secara perlahan dengan bunyi radio yang sekuat mungkin sambil memikirkan masalah ataupun peristiwa yang berlaku. Kalau menunggang motor mustahil boleh buat begini. Selain itu kita juga boleh melepaskan geram dengan menyanyi sekuat mungkin. Aku percaya mesti ada diantara korang yang mempunyai hobi yang sama. Sedarlah bahawasanya ia sesuatu yang berbahaya selain daripada asyik memecut kenderaan secara laju.

Sebagai penutup untuk kali ini aku ingin meminta maaf kepada Liyana kerana yap masih tak ada mood untuk layan yana. Semoga kesihatan aku akan bertambah baik esok kerana minggu kedua latihan semestinya lebih mencabar ketahanan fizikal.

Saturday, June 11, 2011

Menunggu

Karangan ketujuh yang masih di “save” pada word. Macam-macam yang terjadi hari ini tapi masih belum memuaskan hati aku. Aku mula dapat stamina seperti selalu. Malas nak cerita pasal rugby jer sebab dah bejerawat muka aku ni kerana keletihan dan tak cukup tidur. Esok pulak nak pergi berenang di Putrajaya. Rasanya dah seminggu aku mengasingkan diri dari Liyana Ghazali. Aku minta maaf kalau aku telah membuatkan dia rasa menyesal berkenalan dengan aku. Aku bukan nak larikan diri dari dia. Aku dah puaslah bergaduh dengan dia, cukup la sekali. Memang masa gaduh rasa sakit hati jer. Tapi bila dah tak ada baru nak cari.

Ayat yang paling kerap dia gunakan masa bergaduh adalah “yap dah tak nak yana ker?”. Memang aku tak akan jawab soalan tu. Kalau aku dah mula jawab banyak la peristiwa lama yang dia akan ungkit. Tambahan pula masa kitorang bergaduh akan lansung tak layan dia tetapi kawan-kawan yang lain boleh jer. FB aku comment apa post yang menarik tak kira lah lelaki atapun perempuan. Aku tau dia akan cemburu dan mungkin sekali perkara ini dijadikan alas an untuk dia mengatakan aku tidak setia. Aku dah cukup masak dengan perangai dia.

Aku mengaku tindakan aku itu salah sebagai seorang kekasih. Tapi apa yang aku boleh buat kalau perkara ini berlaku. Kalau sesekali tu boleh la tahan tapi kalau dah selalu. Aku pun dah tak tahu apakah lagi alas an yang akan diberikan. Yang aku tahu aku akan minta maaf sebab memanjangkan perkara kecil seperti ini. Banyak lagi perkara yang aku perlu fikirkan selain dia. Lagipun selepas ini dia akan menyambung pelajaran tah di negeri apa masih belum diketahui. Yang pasti selepas ini lagi sukar kami berjumpa. Harap dia jumpa ataupun berjaya mencapai apa yang diingikan dalam pelajaran. Dan aku tak akan halang apa jua kehendak dia asalkan dia berjaya. Aku dah taknak menjadi punca, mana taknya keputusan peperiksaan matrik dia sendiri aku tak tahu. Semoga dia gembira simpan banyak rahsia dari aku ni. Dan apa juga berlaku aku tetap sayag dia seorang sebagai seorang kekasih. Maafkan aku jika ini tidak memadai dengan segala dosa yang berlaku. Aku nak dia tahu aku sayang dia. Sayang yang teramat sangat. Dan tak ada sesiapa selainnya. Jodoh dan takdir menjadi penentu segala-galanya. Ku iringi segalanya dengan lirik yang berjudul Aishiteru (menunggu) nyanyian Zivilia…..

Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…


Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan


walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan
cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru


hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali

Now, it's mine!!



Stade Francais Away Shirt 2010/11 - White/New Navy

Oleh kerana aku sendiri belajar di Malaysian France Institute jadi aku membeli baju yang berharga RM 270 ini. Merupakan sehelai baju yang paling mahal dalam koleksi pakaian aku sejak dilahirkan. Pembelian yang berbaloi-baloi. Puas hati masa pakai. Corak yang menarik. Boleh dipakai dalam apa juga majlis ataupun aktiviti. Padahal satu apa pun tentang team ni aku tak tau. Yang aku tau kat France diorang pasukan rugby yang kuat. Tak per selepas ni aku akan meneliti tentang pasukan SF ni.