Benda pertama yang aku buat selain bersihkan diri lepas bangun tidur ada lah pergi interview di syarikat tempat ayahku sendiri bekerja. Macam best walaupun ada rasa takut ataupun gementar. Oleh kerana bangun lewat dan sampai di Shah Alam pun dah pukul 12 maka jadual sepatutnya di interview awal ditunda sehingga ke pukul 2.30 petang. Menunggu sahajalah aku di sana. Pengalaman kedua di interview membuat kan aku berasa sedikit janggal. Dulu semasa nak g temuduga di 7Elevan sempoi jer. Dengan memakai baju T dan berselipar aku ditemuduga oleh Kak Norma. Senang-senang jer dapat bekerja di 7E. Tapi tadi berbeza sikit terpaksa ke bahagian HR sebelum dihantar ke bahagian kilang untuk ditemuduga. Susah juga la siap kena jawab periksa dalam bentuk lazim lagi tu walaupun soalan yang ditanya adalah tambah,tolak,darab dan bahagi nak jawab sudah macam budak darjah satu.
Seterusnya aku menerima sepucuk surat daripada Unikl mengumumkan bahawa "anda terpilih untuk mengikuti kem OC di Pahang". Jadi OC la aku nampaknya. Sekarang hati sedah berbelah bahagi sama ada hendak menyertai OC ataupun mahu bekerja. Letih la asyik nak befikir sahaja. Ada yang memberi pendapat sekiranya aku menyertai OC banyak pengalaman akan ku timba itu sama juga jika akau bekerja. Adoi sakit kepala ku.
Akhir sekali baru sebentar tadi aku pulang dari menyaksiakan wayang cerita Kung Fu Panda 2. Jalan cerita yang menarik membuatkan aku berasa tenang seketika sebab asyik ketawa. Po memang kelakar. Dah cam budak kecik lak aku ni kan. Tapi tu la hakikatnya seronok tak terhingga. Rasa nak tengok lagi jer esok. Tolong kepada yang murah hati belanja la aku yer.

No comments:
Post a Comment