Tuesday, June 22, 2010

we cant see the future

Tak lama lagi semua kawan-kawan aku akan melanjutkan pelajaran dalan pelbagai jenis jurusan. Ada diantara mereka yang tidak bernasib baik kerana tak dapat jurusan yang dihajati. Tapi lebih ramai yang dapat apa yang mereka mahu. Tahniah. Hasil kerja keras korang semua sepanjang tahun lepas sememangnya membuahkan hasil. Tapi bukan bagi aku. Aku sendiri tak tahu apa yang aku ingin capai apa matlamat aku, apa yang aku tahu hanyalah aku kena teruskan bidang engineering. Itu la yang mama dan ayah aku harapkan.


Kepada semua yang dapat IPTA tahniah ini kerana menjamin masa depan korang semua, ramai aantara korang mesti dapat UITM kan. Aku pun dapat gak kat tempat yang aku tak pernh dengar lansung sebelum ini, tempat yang diberi nama Machang, Kelantan. Tapi pada tarikh yang ditetapkan aku tidak akan mendaftar disana kerana jurusan yang aku dapat tak ada kaitan lansung dengan engineering. Diploma pengurusan bank, itulah apa yang aku dapat. Kenapa aku buat pilihan itu sedangkan ia tak ada kaitan dengan engineering??? jawapan nya sebab nak penuhkan gak 8 pilihan yang diberi. Rasa lawak lak bila aku kenangkaan peristiwa itu.


Aku gak dapat tawaran dari matrik Johor. Kali ini betul jurusan yang sepatutnya aku dapat. Itu pon selepas dimaklumkan oleh Bomoh. Rupanya ramai rakan aku yang dapat kat sana yang satu dorm jer dah ada 4 orang. Bomoh, din, kambing, n poji termasuk gak boyi budak kelas aku.

tapi kali ini kenapa aku tak terima tawaran itu?? ini kerana matrik ada lah tembat bagi budak-budak yang sentiasa rajin belajar. Aku sedar akan kemampuan diri aku ini. Aku bukan lah seorang yang rajin belajar sentiasa fokus dala kelas. Oleh itu mustahil untuk aku menerima tawaran yang berat seperti itu


Apakah tindakan yang harus aku lakukan? Mana hala tuju aku selepas ini? jawapanya aku terima tawaran dari UNIKL MFI bagi mengisi jurusan diploma of engineering technology in machine building ang maintenance. Tambahan pula tempat itu bukan lah dikira jauh dari rumah di Puchong ni. Kat Bangi jer berapa lama la sangat nak sampai sana. 30 minit, tak ada hal la. Akhir sekali aku harap kepada semua rakan-rakan aku belajarlah bersungguh-sungguh, sesungguhnya kejayaan korang hari ini bukan lah penentu bagi masa hadapan yang korang sendiri tak akan tahu apa yang akan terjadi. chaiyok!!

No comments: