Thursday, April 1, 2010

learn from what u see

Setiap manusia yang dilahirkan di dunia dianugerahkan ciri-ciri atau bakat yang mungkin tiada pada orang lain. Bakat yang ada dapat dikembangkan dengan pelbagai cara seperti melalui pengalaman mahupun pemerhatian. Daya ingatan yang kuat juga mampu membuatkan seseorang berjaya dalam bidang yang diceburi. Misalannya seorang doktor memerlukan kemahiran yang tinggi dalan melakukan pembedahan tapi bukan itu aja mereka juga perlu mengingati semua kesan sebelum semasa ataupun selepas pembedahan. Apakan daya doktor gak seorang manusia yang tidak terlepas dari melaakukan sebarang kesilapan. Kalau tak mesti x ada kes saman menyaman coz jarum tertinggal dalam perut la itu la ini la.


Sama gak sebagai seorang pelajar atau kanak-kanak. Kita belajar dengan melihat perlakuan seseorang. Kemudian timbul minat untuk mencuba. Kadang-kadang apa yang kita lakukan sesuai dengan usia. Tapi ada kalanya ia tidak sepatutnya berlaku. Oleh itu sebagai seorang remaja kita perlulah berfikir apa yang akan berlaku jika kita melakukan sesuatu perkara atas pemerhatian situasi semasa

...

Tak tau la kenapa aku menulis sebegitu. Maybe semasa ia disebabkan perkara yang berlaku pagi tadi. Semasa sampai di rumah ( balik dari keja la ) aku terlihat sebuah buku. Karisma 23 (smk 23) kalau buku sekolah cam ni aku suka tengok bahagian nukilan pelajar je. Belek punya belik ku jumpa la bahagian karton. La bukan banyak sangat pon. Pas 2 baca punya baca ada satu daripadanya pernah aku terbaca dalam majalah tempatan. Rasanya ujang kot tak pun apo? Rasanya ia tak sesuai di sebut " sudut kreatif pelajar". Tapi tak apa coz ia menciplak sesuatu yang baik dan menginsafkan. So konklusinya, banyak la perubahan yang berlaku. Kepada ex skol 23 tu pe agaknya yang korang pikir bila melihat skolah lama korang 2.. aku rasa cam x meriah je... itu pandangan aku je. k bye

No comments: