
Kenapa aku rasa si dia macam x pernah percayakan aku. Rasanya aku tak ada buat sebarang kesalahan. Sebelum ni gak perkara yang hampir sama berlaku dalam hidup aku. Mungkin sebab aku ni terlampau bodoh kot. Apa yang berlaku semalam menerangkan segalanya nya.
...
PERMULAAN
Perancangan awal aku dan si dia ialah nak g taman ict, seksyen7, shah alam. Tujuannya adalah untuk melihat karnival la. Walaupan aku tak tau tempat 2 kat mana pon pada hakikatnya. Perancangan awal yang begitu membuat aku teruja. Tapi pada ketika ini aku rasa semuanya x munkin terjadi. Kenapa aku cakap cam 2? Sebabnya si dia masih ada di kampungnya di Perak. Rasa macam mustahil jer.
...
PERKEMBANGAN
Waktu yang hampir tiba aku penuhi dengan pelbagai aktiviti di store.Itu pun sebab ada gotong-royong kecil-kecilan untuk mengemas store. Semasa kat store 2 ada gak la rasa x puas hati atas sebab ada la rakan sejawat yang x datang tolong melakukan aktiviti yang telah direncanakan. Dtang pon bila kerja dah nak siap. Orang penat gak beb? Dari kol 10 wat keja. Letih giler doh. Tapi sabar je la.
...
KONFLIK
Setelah penat mengemas store, perut pun mula bekeroncong. Apa lagi, aku pun mengambil kesempatan yang ada untuk mengisi perut. Lepas 2 leh lak aku rasa nak balas segala penat lelah mengemas store ngan masuk shift lambat skit. Sedang aku asyik menikmati keenakan masakan orang kampung, guruh memancarkan cahayanya. Orang tua kata guruh tanda hari nak hujan. So aku pun menghabis sisa makanan secepat mungkin coz stil ada kerja yang menanti aku kat store.
Seterusnya aku pon kembali bertugas sebagai 'cashier' untuk bertumu pelanggan yang saban hari asyik mengunjungi store yang beroperasi 24 jam ini. Sedang aku asyik melayan pelbagai kerenah pelanggan yang berbilang kewarganegaraan. Ada yang warganegara, ada gak yang dari iran, indon, korea, afrika, bangladesh dll. Maklumlah Malaysia kini bukan lagi kita gelar berbilang bangsa, tapi kita harus gelar berbilang kewarganegaraan. Situasi di luar mula berubah apabila waktu mula memasuki pukul 10 malam. Keriuhan bunyi kenderan mula berkurang selaras dengan waktu tutup nya kedai serbaneka yang lain.
Dipercepatkan cerita, keadaan dah mula hujan. Aku pun mula berasa tak senang duduk, maklumlah, sebab ada perancangan yang belum selesai. Pada masa yang sama si dia telah pun habis waktu bekerja. Oleh kerana cuaca yang tengah hujan lebat di luar aku terpaksa tangguhkan perancangan untuk ke taman ict. But it ok lagi la. Tapi si dia memang x leh nak faham apa itu erti sabar. Aku mula berasa tertekan dengan paksaan si dia untuk mengambilnya secepat mungkin. Dia ingat aku ni bawak kereta ke.
...
KLIMAKS
Aku yang mula rasa bersalh membuatkan si dia tertunggu-tunggu mengambil keputusan untuk gerak jer. Dengan meminjam sepasang sweter milik seorang kawan aku mula meredah hujan yang mencurah-curah turun. Oleh sebab jarak perjalanan yang agak jauh, pakaian aku dibasahi air hujan.
Setibanya aku di ioi puchong, aku mendapat panggilan daripada si dia. Hancur hatiku apabila dia kata dia telah menghubungi ibunya untuk mengambilnya dan ingin berjumpa aku sebagai tambahan suaranya di dalam panggilan. Hati yang telah hancur kerana cam tak ada faedah je aku di basahi hujan dan kesejukan. Tapi aku masih menuruti katanya. Aku pun menuju ke blok baru ioi dari pondok pengawal yang terletak di tempat meletakkan motor. Setelah menekan butang lif aku tiba di tingkat 3 tapi tidak kelihatan sesiapa pon di situ. Pada fikiran aku si dia masih di dalam panggung, oleh itu aku mengambil keputusan untuk berehat di kerusi yang telah disediakan bagi mengurangkan kebasahan yang aku alami semasa menunggang motor tadi. Sambil kasut aku yang dipenuhi air ujan seperti bot, aku dapat melihat air keluar dari kasutku apabila aku memerahnya menggunakan kaki ditambah pula dengan kesejukan aircond. Orang yang lalu lalang disitu hanya menjeling kehairanan. tetapi aku masih menunggu si dia yang tidak juga kelihatan. Aku cuba untuk menghubunginya tapi tak dapat. Bateri phone dia abiz la. Sejurus jam menunjukkan pukul 1230 aku mengambil keputusan untuk pulang ke store. Basah yang belum kering ditambah lagi dengan hujan dan kesejukan menunggang motor pulang ke store.
...
PENUTUP
Tidak terungkap rasa kecewa dalam hati aku. coz dah melebihi rasa kecewa. Apabila tiba di store aku cuba melemparkan senyuman kepada rakan sekerja bagi menutup rasa pilu di dalam hati, sambil memulangkan halmet milik rakan ku. Dengan perasaan hati yang gundah gulana aku menunggang motor pulang ke rumah. Tidak dapat aku gambarkan perasaan aku pada masa itu. KENAPA SI DIA TIDAK MEMAHAMI AKU? KENAPA SI DIA TIDAK MEMPERCAYAI AKU? KENAPA AKU DIPERLAKUKAN SEBEGINI? Malang sungguh rasa nya hari aku. Kepada si dia sorry buat masa ini aku tak dapat nak melayan sebarang kerenah atau maaf darimu. Sekarang aku nak rehat sebab badan pon rasa x berapa sihat selsema daan demam sudah mula aku rasai. Sekian.
No comments:
Post a Comment