Setelah sekian lama aku hidup di atas muka bumi ini, semakin banyak dan bertambah dosa yang telah aku lakukan. Banyak juga perkara yang aku tak mahukan berlaku. Kenapa? Kenapa setiapkan kali kebingungan aku aku persalahkan diri ini? Tak puas lagikan apa yang telah aku dapatkan. Aku dibesarkan dalam keluarga yang amat manjakan diri ini. Adakah aku tidak bersyukur dengan perkara itu? Terlampau banyak persoalan yang selalu bermain dalam pemikiran ini.
Buat masa ini, aku masih menuntut ilmu dan ditanggung oleh keluarga.Tapi apa yang aku buat. Mana aku letak harapan seorang ayah dan mama yang mahu melihat anaknya berjaya. Semua yang diperlukan untuk pembelajaran sudah tersedia. Tapi mengapa begitu berat untuk kita mengulangkaji pelajaran. Aku selalu menangguh-menangguhkan masa mengulangkaji pelajaran. Bila tiba masa untuk menduduki peperiksaan mulalah kalam-kabut nak belajar. Mungkin sebab itu juga keputusan yang aku dapat tidak pernah mengembirakan hati mama. Susah ke nak belajar. Tak! Cuma aku jer yang malas! Salah aku, aku malas!
Tapi semua itu tak mendatangkan penyesalan. Sebab? Sabab aku terlalu dimanjakan. Semua benda yang aku nak akan dapat. Sampai sekarang aku tak tau apa sebenarnya minat aku dalam pembelajaran ini. Kesempatan yang terluang aku habiskan dengan menonton movie , dan yang terbaru adalah filem hindustan. Merepek seorang lelaki tengok cerita cam tu, tetapi itulah hakikatnya. Filem 3 idiots, memeang lucu tetapi begitu banyak pengajaran. Mengisahkan tiga orang pelajar kolej yang ditempatkan dalam sebuah dorm. Pengenalan mereka membuatkan aku terfikir, adakah rakan yang akan menjadi seakrab mereka? Kehidupan mereka cukup berbeza, seorang mewah, seorang lagi sederhana, dan seorang lagi susah. Kalau nak teperinci lagi, seoarang belajar untuk orang lain, seorang lagi belajar untuk memenuhi cita-cita ayahnya walaupun bukan minatnya, seorang lagi belajar untuk membantu keluarga yang hidup dalam keadaan kemiskinan. Setelah menonton cerita itu aku terfikir, apa pula tujuan aku belajar? Gembira dahulu ataupun gembira kemudian?
Bersamaan hari ini juga, keputusan UPSR telah dikeluarkan. Adik aku yang mengambil peperiksaan bekenaan hanya mendapat 3A 2B. Keputusan itu bukan seperti yang diharapkan oleh mama yang telah banyak melabur wang dan masa untuk menghantar ke tuisyen. Dan aku menerima 1 pesanan ringkas yang berbunyi “ salam. Mama sedih sangat dengan keputusan upsr nurin. Asyraf buatlah exam tu betul-betul. Gembirakanlah hati mama dan ayah”. Menangis aku membaca pesanan mama. Aku memang tidak sanggup tengok mama menangis lagi. Cukup lah dengan apa yang aku telah lakukan dulu. Tapi bagaimana kalau mama tahu keputusan peperiksaan aku. Carry mark yang teruk. Aku bukan nobita yang boleh meminta pertolongan doremon. Aku tak melaksanakan tugas sebagai seorang abang. Teruk! Aku teruk!
Oleh apa yang harus aku lakukan buat masa ini. Sementara menunggu lagi satu bala. Keputusan yang akan dibawa oleh adik lelaki aku yangg mengambil peperiksaan PMR. Maaf mama, maafkan asyraf, asyraf bukan seorang abang yang baik. Walaupun mama berkali-kali memaafkan asyraf tetapi perkara yang asyraf lakukan masih menjadi ingatan. Maafkan asyraf ayah, ayah banyak bekorban nak menanggung pembelanjaan asyraf. Apa yang aku harus lakukan untuk jadi seorang abang yang bertanggung jawab? Tolongggggggggggggggggggggg…!
No comments:
Post a Comment