Thursday, December 30, 2010

Penutup tahun 2010

Sedar tak sedar kita dah nak masuk ke tahun baru. Semua berlumba-lumba nak tanam azam tahun baru. Tapi adakah azam tahun ini telah tercapai. Mungkin azam tahun ini pun kita sendiri dah lupa. Banyak perkara yang telah berlaku sepanjang tahun 2010 ini. Bagi aku pemulaan 2010 adalah baik kerana ini ada lah tahun pertama dalam sejarah hidup aku memulakan pekerjaan di 7E. Disambung pulak dengan bermulanya episod di university. Penutup tahun 2010 agak kurang aku sukai kerana banyak pekara yang aku tak sangka dalam jangkaan berlaku.

Tahun ini juga aku berasa kebebasan yang teramat sangat. Hidup seorang remaja university membolehkan aku melakukan banyak perkara. Kebebasan tanpa halangan tetapi aku kena ingat ada pekara yang harus aku hindari. Sampai aku sendiri lupa apakah benda yang berlaku. Rasanya dah sebulan aku tidak meng”update” blog ni. Oleh sebab itu aku sendiri lupa cerita yang aku ingat tulis.

Antara peristiwa yang membuatkan aku berasa gembira adalah apabila ayah membelikan sebuah motosikal bernombor pendaftaran BKW8973 keluaran Yamaha FZ. Itu la harta yang paling mahal aku miliki sekarang jika nak dibandingkan dengan computer riba mahupun telefon bimbit.

Selain itu, tahun ini mengajar aku hidup berdikari tanpa ada sebarang kawalan dari warden. Yer la, UniKL mana ada warden macam sekolah teknik tentera agama sepang. Mengajar aku erti kesetiaan dengan seorang kekasih yang aku sayangi, Liyana Ghazali. Tapi aku masih bimbang kerana si dia masih meragui kesetiaan yang aku tunjukkan. Mungkin dia tidak dapat menerima kemesraan bila aku bersama rakan-rakan aku tidak kira lelaki ataupun perempuan. Siapa tak cemburu bila kekasih hatinya melayan jantina berlainannya lebih (ayat pelik harap paham). Aku takut hubungan yang dibina sejak 11hb Jun 2008 ini akan kembali retak. Perkara ini pernah berlaku pada tahun lepas. Pekara yang agak mustahil untuk dielakkan kerana naluri lelaki mana yang tak ingin mencari perempuan. Aku tak pernah mengongkong untuk si dia untuk berkawan dengan lelaki lain asalkan dia tak curang. Tipu tak kalau aku katakan si dia tidak pernah sama sekali bermsg atau berchat dengan lelaki lain. Emm, entah la sukar untuk aku percaya tetapi aku percaya setiap katanya. Mungkin sekarang bukan masa yang sesuai untuk aku mengungkit.

Liyana Ghazali, Asyraf harap jika awak membaca petikan ni awak paham betapa sayangnya saya terhadap awak seorang sahaja. Semoga awak maafkan segala dosa atau silap yang saya lakukan atau kita lakukan. Kesilapan saya jika saya rapat dengan perempuan lain. Itu hanyalah pandangan luaran diri saya kerana hati saya penuh lakaran cinta awak. Biarpun sudah beribu kali saya lafazkan kata cinta, jutaan kali saya taip pesanan cinta saya masih nak awak tau bahawa saya sayang awak seorang!! Tolong la paham hanya awak seorang. Saya sudah buntu bagaimana hendak terangkan kepada awak. Cuba beritahu apa yang saya perlu lakukan untuk awak mempercayai bahawa saya sayang awak seorang dan membuatkan awak tidak meragui diri saya apabila bersama kawan perempuan saya!!!??? Tolonglah jawab kerana perkara ni sahaja yang selalu membuatkan kita bertengkar dan bermasam muka.

Penutup tahun 2010 mungkin bagai nila jatuh kedalam seperiuk susu. Sejak bermulanya cuti semesta pertama ni aku berasa cukup gembira. Bermula kem usahawan best di Unikl MFI kemudia kem yang bersambung di Genting selama seminggu. Sejak turun dari Genting aku selalu tidak berada di rumah. Pulang sahaja dari Genting aku sudah persiapkan diri ke Sungai Congkak. Pulang sahaja dari Sungai Congkak bersama Anuar,Amirul, dan Kusyairi aku kerap mendapat jemputan untuk lepak di luar. Keluar ke Sunway, Putrajaya, Kuala Lumpur dan macam-macam lagi tempat yang aku pergi. Penghabisan duit terakhir adalah kerana membeli tiket dan baju t perlawanan bola sepak Suzuki di Bukit Jalil antara Malaysia dan Indonesia. Mungkin itu peristiwa yang menarik untuk diceritakan. TETAPI peristiwa yang aku anggap nila adalah semasa keputusan PMR. Hanya disebabkan aku mengunci motorsikal kriss, aku terus menerus dipersalahkan oleh keluarga. Salahkah tindakan aku untuk mendapatkan keadilan. Aku tahulah sekarang ni budak-budak nak bergaya jer. Nak ambik keputusan pun nak pergi menaiki motor sedangkan aku dahulu pergi menaiki basikal jer. Rasa geram ini jugalah yang telah menyebabkan aku memotong rambut dan membuat line. Sakit hati!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Cukup sampai disini. Salam bye!!!!!!!!!!!

No comments: