Friday, June 3, 2011

Akibat fixies bike

Semalam merupakan hari yang malang bagi seorang rakan aku yang bernama Ezam Malik kerana kedai basikal yang baru sahaja diusahakan telah dirompak. Kejadian mengakibatkan beberapa buah basikat dicuri. Kejadian menyebabkan beliau kerugian beberapa ribu ringgit Malaysia. Bagi aku kejadian itu mungkin dilakukan oleh budak-budak dan bukannya orang dewasa sebab basikal yang dicuri adalah dari jenis Marida dan Raleigh disebabkan sekarang merupakan musin basikal fixies bike. Kalau benda ini dilakukan oleh orang-orang yang lebih arif dalam berbasikal mungkin sekali Patrol kesayangangnya akan hilang.

Aku berasa begitu simpati dengan kejadian yang menimpa beliau.Ya la bukan mudah bagi seorang siswa memulakan sesebuah perniagaan. Aku sendiri telah menyertai Kem Usahawan tapi tidak nampak pun hasilnya. Lagi pon buat masa ini sudah lama aku tidak menyertai sukan berbasikal. Rasa badan ini berat sekali untuk mengayuh basikal. Kat rumah ini kalau kata jer basikal bersepah. Yang ada dalam rumah sahaja sudah dekat sepuluh buah. Belum lagi lihat yang tersimpan di dalam stor. Usaha aku tak ada lansung untuk 'kayuh'.







No comments: