Friday, June 3, 2011

Apa nak jadilah

Dalam kebosanan duduk di rumah rasa banyak sahaja benda nak diceritakan. Tapi aku ni dah la malas nak menaip. Kalau dah mula menaip habis skema jadinya blog ini. Sebab aku rasa ini sahaja lah peluang untuk aku menggunakan Bahasa Malaysia. Di universiti kita bukan pun ada sangat belajar tentang bahasa. Asyik-asyik nak speaking jer. Susah gak kalau bahasa sendiri kita lupakan. Hilang lah Melayu di dunia kalau itu berlaku.

Kalau kat Facebook pun ada ataupun tidak orang yang menggunakan ayat yang skema. Semestinya tak ada. Semua termasuk cikgu bahasa sendiri menggunakan bahasa pasar untung berhubung. Betul ataupun tidak itu terpulang kepada setiap individu untuk mentafsir. Adakalanya bosan juga kalau aku asyik menulis sahaja macam ini. Bahasa Malaysia aku sendiri dapat B dalam SPM. Apa nak jadilah.

1 comment:

Wany said...

Weeyy. follow aq lakk.