Saturday, June 4, 2011

Thanks you guys

Apa lagi yang aku nak update malam ni pun aku tak tau. Dah ketandusan idea untuk menulis. Kalau aku bukak cerita tentang kekasih ku tak cukup tiga hari tiga malam nak ceritakan.Rasanya baik aku becerita tentang kawan la disebabkan semasa aku ke pajabat pos aku ternampak satu kad ucapan untuk seorang sahabat. Agak menarik juga la kad itu zaman sekarang ni orang terlampau kreatif untuk mencipta. Sampai macam-macam benda pelik la yang dibuatnya.

Bagi aku walaupun aku mempunyai ramai sahabat tapi tak semuanya rapat ataupun mengenali tentang diri aku ni. Beberapa orang yang rapat dengan aku macam Khairul Anuar, Amirul Nasrullah, Kusyairi, Amirul Norazman dan Liyana Azman. Kalau la diorang ni tak ada agaknya memang aku ni tak keluar rumah la agaknya. Manakan tidak kalau diorang ni ajak kuar jer mesti 'no problem' la. Pasal duit lansung tak bekira tak kesah la siapa yang belanja siapa dahulu tapi comfirm kalau keluar tak gembira tak sah.

Tetapi sekarang ni diorang semua dah memulakan sem baru di tempat pengajiaan masin-masing. Aku beharap korang semua akan buat yang terbaik. Kepada Anuar dan Liyana jom la lawan semester akan datang boleh dapat dekan lagi ataupun tidak. :D Aku gembira dapat bekenalan dengan korang semua.

No comments: