Monday, June 6, 2011

Happy ending story


Sedang menonton cerita Nora Elena yang memaparkan cerita romantic la gak. Sungguh tak ku sangka mat-mat yang ganas pun layan cerita ni. Siap download lagi. Walaupun aku tak tonton cerita ni dari awal tapi cerita ni memang ada feeling la. Cam mana pasangan yang tak sangka jadi kekasih boleh berkahwin. Macam cerita fiksyen pulak.

Alangkah indahnya kalau ceritera cinta aku dengan si dia begitu juga. Happy ending story. Tapi nak buat macam mana kalau pantang ada salah sikit nak gaduh jer. Gaduh tu dah macam aktiviti yang wajib. Setelah aku cuba mengelakkan perkara ini kerap berlaku tetapi semuanya macam mustahil. Bagi aku aku perlukan dia selalu disisi barulah terasa diri ini dihargai. Tapi masa pula menjadi penghalang segalanya. Dia dengan kerjanya dan aku lak banyak menghabiskan masa menelaah matapelajaran. Opss.. salah lah, melayari internet yang kadang-kadang tu pukul lima baru tidur dah macam perangai lama aku semasa lepas SPM. Bak kata orang muda la burung hantu ataupun kelawar.

Aku sendiri pelik sama ada aku yang terlalu memaksa ataupun dia yang terlampau sibuk. Sampaikan dalam sehari aku berhubung melalui telefon tidak sampai lima minit. Untung kalau ada, sebab adakalanya langsung xtidak ada sebarang cerita. Apabila dia bercuti pula masa yang dia ada semuanya untuk keluarga. Pada hakikatnya aku tak begitu gemar kalau apa yang aku cakap akan ada sahaja jawapan yang diberi. Jawapan yang sebenarnya merupakan alas an. Bermacam-macam alasan yang diberi. Entah bagaimana lagi yang aku nak terangkan kepada si dia.

Sebelum ini aku ada cakap jikalau aku becerita pasal si dia mungkin tidak habis tiga hari tiga malam. Cukup sahajalah sampai disini. Mungkin cuti semester bagi aku tak lagi seperti yang aku impikan. Dan mungkin juga aku akan banyak menghabiskan masa di Bangi selepas ini. Jangan lah sesekali tanya kenapa aku melakukan semua ini. Cerita pun dah habis jadi cerita untuk masa ini pun tamat disini dahulu. Selepas ini aku akan keluar dengan semua rakan serumah untuk membelanja Dado yang menyambut hari lahirnya hari ini.

No comments: