Apa kata aku ceritakan tentang persekitaran kawasan rumah aku. Aku tinggal di Green Villa dan cara paling mudah untuk sampai ke sini adalah dengan menaiki kenderaan mahupun berjalan kaki. Ia berdekatan dengan KTM UKM. Tempat ini adalah kawasan baru siap dibina, kebanyakkan yang aku kenal adalah masyarakat melayu. No B120 merupakan no rumah kami dan bersebelah dengannya merupakan rumah “Tuan Rumah”. Di sini pun hanya mempunyai dua blok bangunan. Banyak juga kemudahan yang disediakan. Sewa yang dikenakan adalah sebanyak RM 800 tidak termasuk bil air dan elektrik serta penyelenggaraan. Dengan lapan orang yang mendiami rumah ini aku masih terasa beban untuk membayar duit sewa. Manakan tidak dengan elaun sebanyak RM630 setiap bulan yang diberikan oleh MARA aku terpaksan membayar duit sewa rumah, loan motor dan makan selama sebulan.
Aku terpikir, agak-agaknya siapa yang baca la blog aku yang membosankan ni. Siap ada yang follow blog ni just semata-mata nak aku follow blog diorang gak. Aku buat blog ni pun hanya suka-suka. Tak suruh pun follow blog ni. Masa peringkat awal aku menulis kat blog ini aku pernah kata bahawa blog ini hanya sebagai diari moden. Tak payah la nak beli buku ataupun menulis tangan. Ia sebagai rujukan aku sendiri, mungkin suatu hari nanti peristiwa yang lalu akan membuatkan kita tersenyum seorang diri kerana Histories always be a stories.
Itulah hakikat hidup masyarakat dunia yang amat memerlukan mata wang bagi menyara diri. Ini baru hendak menyara diri belum lagi yang mempunyai keluarga. Bebanan ekonomi dunia yang tidak menentu menyebabkan urusan duniawi menjadi lebih penting dari kehidupan yang kekal abadi. Entah cam ner lak aku leh tukar topic ekonomi ni. Kembali kepada kawasan kejiranan aku, kalau ada sesiapa yang duduk disini mesti akan terasa macam duduk di hotel atau chalet. Pagi-pagi ada yang bersihkan kawasan rumah, ada pengurus hotel (pak guard), ada pejabat untuk check in atau bayar duit (maintenance) kalau malas nak naik tangga lift pon ada. Nasib baik la rumah aku ni hanya di tingkat satu. Jadi tak berebutlah nak naik tangga atau lift. Dah terbiasa naik tangga semasa duduk di hostel dulu.
Aku terpikir, agak-agaknya siapa yang baca la blog aku yang membosankan ni. Siap ada yang follow blog ni just semata-mata nak aku follow blog diorang gak. Aku buat blog ni pun hanya suka-suka. Tak suruh pun follow blog ni. Masa peringkat awal aku menulis kat blog ini aku pernah kata bahawa blog ini hanya sebagai diari moden. Tak payah la nak beli buku ataupun menulis tangan. Ia sebagai rujukan aku sendiri, mungkin suatu hari nanti peristiwa yang lalu akan membuatkan kita tersenyum seorang diri kerana Histories always be a stories.
No comments:
Post a Comment