Saturday, June 11, 2011

Apa yang tertinggal???

Kalau sesiapa perasan kebanyakkan “NEW POST” aku telah ditaip dulu sebelum di “PUBLISH”kan. Disebabkan aku tak ada masa untuk menaip secara lansung . Aku lebih suka semua yang aku buat sekarang di karang didalam WORD dahulu. Itu kita cerita kalau la ada yang nak baca blog aku ni. Untuk masa ni aku curi waktu rehat latihan rugby untuk menaip cerita yang tak seberapa ni. Bukan ada apa pun nak buat. Tambahan pulak jaringan internet yang begitu lemah dan duduk dirumah berseorangan.

Baik aku sambung cerita pasal rugby walaupun aku sendiri rasa benda ni tak lah menarik untuk diceritakan. Aku hormat semua senior dalam team rugby ni. Lagipun aku yang paling lemah dalam pasukan. Harap badan jer besar tapi pemalas. Itu lah aku. Aku juga lah orang yang tak ada posisi tetap dan merupakan pemain gentian. Tapi aku cuba untuk mengubah semua itu. Aku nak menja sepuluh pemain utama. Bagaimana? Aku still tak tau macam mana nak tingkatkan lagi keupayaan diri ni. Aku tak salahkan keluarga aku kerana aku menghidap penyakit asma. Tanpa mereka mungkin aku sendiri tak pernah kenal erti sebenar kehidupan di dunia ni.

Setiap kali aku buat salah hanya mampu mengatakan sorry guys. Agaknya apakah posisi yang sesuai untuk aku bermain. Aku pernah main semua posisi dalam permainan rugby kecuali stand off,SO. Kenapalah aku tidak mempunyai kemampuan mengatasi kelemahan diri sendiri. Mamu, melak dan en Azrul selalu memberi banyak tunjuk ajar. Dan sekarang satu perkara utama masalah aku adalah cara larian. Aku tak malu kalau korang nak gelak sebab cara aku lari “bontot tinggal” kerana semua orang ada teknik larian mereka sendiri dan ada gak orang yang tak boleh berlari lansung. Aku bersyukur dan aku akan bekerja keras lagi selepas ini bagi mememastikan kedudukan dalam pasukan.

waktu asal: 10 JUNE 2011

No comments: