Apa yang terbayang kat kotak fikiran aku sekarang adalah keletihan yang teramat sangat.Semput disebabkan tidak tahan dengan latihan yang dijalankan. Hari ini juga aku pergi menyaksikan perlawan Sukan Malaysia Rugbi yang dijalankan di Universiti Malaya. Selama dua hari ini aku menyertai syarahan motivasi yang diwajibkan keatas semua atlet MFI yang akan menyertai Kejohanan Sukan Siswa UniKL di MIAT selaku tuan rumah.
Mindset, merupakan benda paling penting untuk menentukan seseorang itu bersedia dengan apa jua perkara yang dilakukan. Sikap pula membantu seseorang mencapai matlamat tersebut. Penceramah jemputan yang merupakan selebriti RTM iaitu Hafizal Ahmad yang bertugas di bahagian Unit Penyiaran Sukan RTM menyampaikan ceramah yang begitu mengasyikkan. Aku pun ada terfikir dengan soalan yang diberikan. Apakah tujuan sebenar anda terlibat di dalam sesuatu aktiviti?
Bagi aku tujuan utama aku menyertai rugby adalah untuk menjaga kesihatan. Oleh kerana aku menghidap athma (asma / lelah) keupayan ketahan fizikal aku begitu lemah. Aku akui bahawa aku menyertai sukan ini hanyalah suka-suka pada mulanya. Tetapi semenjak aku menyertai pasukan rugby MFI banyak yang aku pelajari sehingga aku terpilih untuk menyertai beberapa kejohanan yang disertai. Ramai yang menaruh harapan supaya aku akan berubah menjadi lebih baik dari sekarang. Semua ini tidak mungkin sekali terjadi jika jurulatih kelab iaitu En Azrul Firdaus tidak memberi peluang kepada aku untuk menjadi salah seorang ahli pasukan. Terima kasih tdak cukup bagi menyatakan rasa syukur aku kepada beliau.
Oleh itu, sekarang aku harus ataupun dengan lebih seriusnya wajib mengubah mindset bahawa aku sekarang bermain rugby bukan sahaja untuk menjaga kesihatan diri tetapi menjadi salah seorang ahli pasukan yang boleh membantu rakan lain untuk mencapai kejayaan yang baik dalam apa juga kejohanan yang disertai. semoga juga penyakit yang aku hidapi sekrang akan cepat sembuh kerana orang yang menghidap penyakit asma ni memenag selalunya tidak dibenarkan untuk menyertai sukan lasak oleh doctor. Sedangkan untuk merentas desa peringkat sekolah pun ada yang memberikan surat dari doctor supaya dapat pengecualian dalah larian tersebut.
Mungkin ini sahaja buat masa ni. Aku pon tak banyak masa untuk menaip status ni. Latihan begitu padat dan masa yang ada aku perlu hargai untuk berehat. Semoga aku akan cepat sembuh. Ya la, orang dah kena semputkan nak buat macam mana. Selain terpaksa duduk di rumah berseorangan kerana rakan serumah yang lain pergi menyaksikan wayang cerita KL Gengter. Tetapi sesuatu yang mereka tak tau adalah aku telah menumpahkan ubat yang sepatutnya disapukan dibahagian luka-luka. Habis berbelang-belang tangan dan kaki dengan warna unggu.
waktu asal: 9 JUN 2011
No comments:
Post a Comment