Akhirnya cukup sampai disini. Kepenatan yang amat sangat selepas menjalani latihan rugby pagi tadi di MFI. Setelah berehat hampir sebulan keadaan untuk mendapatkan fitness balik memang jauh dari jangkaan apatah lagi apabila asyik buat salah sahaja. Terasa diri ini sungguh memalukan diri ia tak dapat digambarkan melalui kata-kata. Tiga kali aku tak dapt menyambut bola dengan sempurna menyebabkan denda sebanyak 60 kali terpaksa dilakukan oleh semua walaupun mereka tak melakukan kesalahan itu.
Dalam perjalan pulang kerumah tadi aku bercerita la dengan Mamu kawan rugby aku tentang kehidupan sosial sebahagian rakan aku yang lain. Perkara ini tak pelik lansung. Malaysia ni dah macam Amerika. Budaya yang tak jauh berbeza. Kalau setakat pasangan kekasih tu tinggal serumah walaupun belum ada ikatan perkahwinan memang tak pelik pun. Tah apa nak jadi ataupun apa dah jadi dengan orang melayu sekarang. Secara jujur aku cakap, aku pernah terkantoi gak buat aksi sumbang. Tapi ianya banyak memberi pengajaran kepada diri ini. Mungkin betul juga kata orang tua-tua selagi tak kena selagi tu la kita berani melakukan benda walaupun ianya salah. Ada gak yang berasa bangga bila memberi tahu bahawa diri mereka tidak teruna ataupun dara. Bayangkanlah dah macam Amerika ke tidak Malaysia ni. Senang cerita macam cerita ‘Aku Masih Dara’. Memang golongan remaja macam itu wujud kat Malaysia.
Aku ada terbaca dalam satu blog mengenai satu tajuk Dara kalau tak salah blog lucumenarik. Artikel yang ditulis memang sugguh menarik minat aku untuk membaca. Membuatkan diri ini rasa penuh dengan dosa. Antara ayat yang aku ingat dan paling menarik ialah:
“ Orang kata budak perempuan UIA ramai yang kaki kelab,
budak UITM pulak ramai yang murah,
dan budak UKM depan belakon sekema tapi belakang main”
petikan dari: bloglucumenarik.com- apa ada pada DARA?
Serius benda ini semua ada lah benar. Kawan aku sendiri bawak awek UIA lepak kelab dan teguk. Bayangkan la UIA adalah pada nama dan ia macam tak ada erti jer pada ugama. Kalau UITM tu memang dah biasa sangat la. UKM lak memang macam sebelah rumah sewa aku jer. Keliling kita penuh dengan ragam masyarakat akhir zaman. Apayang kita boleh buat? Terasa dalam hati sebagai seorang umat yang betul-betul lemah iman. Ada yang berani tegur perempuan seksi. Tak adanya, mau-mau tak lelap mata memandang. Apatah lagi aku sendiri yang pernah terkantoi ini. Semoga selepas ini tak ada antara kawan aku yang mengeluarkan bajet sendiri untuk membuat filem sendiri.
No comments:
Post a Comment